Resepi Putu Piring (Resepi Tradisi Mudah Lazat)

putu piring

Pada tulisan kali ini kami mendatangkan resepi tradisi yang disukai ramai. Resepi ini sudah ada sejak dulu namun hingga sekarang masih menjadi tambatan hati orang ramai di zaman moden ini.

Putu piring nama diberi. Jika resepi yang lebih dulu-dulu lagi menggunakan bambu, dinamakan putu bambu. Maka putu piring pula menggunakan piring sebagai acuan.

Tidak ada perbezaan yang ketara diantara putu piring dengan putu bambu. Kemudahannya, putu piring dapat dibuat di rumah menggunakan piring apa yang ada. Rasanya sama sedap dan menggamit selera.

AnneWife Aizudin‎ berkongsikan resepi putu piring bubuh halba di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai kerana ia mudah dan senang dicuba. Namun kerana tiada piring, cik Anne menggunakan cawan lompang sahaja. Jika anda ingin cuba, anda boleh buat menggunakan piring.

Resepi Putu Piring

putu piring
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ paket tepung beras,
  • 2 nisan ditumbuk,
  • 1 cawan kelapa parut putih (gaul garam secubit),
  • ½ cawan air*,
  • 2 helai daun pandan*,
  • 1 sudu teh garam*,
  • 1 sudu teh halba*.

Cara-cara :

  1. Rebus bahan yang bertanda* sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Gaul bahan rebusan dengan tepung beras sampai jadi seperti serbuk roti. Gaul hingga lembab kemudian tapis.
  3. Sapu acuan dengan minyak, masukkan daun pandan.

    putu piring
    Imej via Facebook
  4. Masukkan halba yang direbus tadi.
  5. Kemudian masukkan tepung yang siap ditapis tadi sedikit, nisan sedikit, kelapa sedikit.
  6. Tutup balik dengan tepung tadi, tekan sedikit jangan bagi padat.
  7. Kukus dalam 15-20 minit. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi putu piring, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment