Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Putu Mayam Berkuah (Sedap dan Unik!)

Putu Mayam adalah sebuah juadah tradisional kaum India. Walaubagaimanapun, putu mayam berkuah amat terkenal di sekitar pantai timur terutamanya di Kelantan.

Rasa juadah ini amat manis, oleh itu, ianya amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Cara pembuatannya tidaklah sukar, jadi sesiapa sahaja boleh menyediakannya!

Resepi ini dikongsikan oleh Ummi Sha di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Putu Mayam Berkuah

image via Facebook

Bahan – bahan:

Putu Mayam:

  • 4 keping bihun (rendam dalam air panas 20 minit)
  • 4 sudu besar tepung beras
  • Pewarna pandan dan keladi

Kuah:

  • 2 cawan santan pekat dalam tin/kelapa+ 2 cawan air
  • 3 keping gula melaka/nisan
  • Daun pandan

Cara penyediaannya:

Putu Mayam:

  1. Setiap satu keping bihun dicampur pewarna dan digaul dengan satu sudu makan tepung beras.
  2. Letak dlm acuan dan kukus selama 15minit api sederhana kuat.

Kuah:

  1. Satu kan semua bahan dalam periuk dan masak sampai mendidih
  2. Jika anda hendak pekatkan kuah, tambah tepung beras dalam 1 sudu makan

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!