Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese (Gebu dan Menyelerakan)

Pada kali ini kami akan berkongsi resepi tradisional puteri ayu. Ya, kuih ini memang sudah ada sejak lama dan merupakan antara resepi tradisi masyarakat Malaysia.

Namun, pada perkongsian ini, kami akan menuliskan resepi tradisional namun rasa moden. Kenapa demikian? Kerana resepi kuih puteri ayu ini menggunakan topping cheese. Macam pelik bukan?

Jika biasanya puteri ayu disediakan tanpa topping malah dimakan dengan kelapa parut. Kini sebahagian doh guna adunan cheese dan coklat. Sehingga nanti akan nampak separa doh coklat separa doh cheese. Cara masak pula dengan dua kali kukus.

Rasa puteri ayu cheese memanglah sedikit lebih moden kerana ada cheese, namun bukan berarti rasanya jadi pelik. Malah, ia jadi sangat lazat. Sila tengok resepi yang diberikan oleh Nur Syuhada Yaacob di laman Facebook di bawah.

Resepi Puteri Ayu Cheese

puteri ayu cheese
Imej via Facebook

Bahan Cheese :

  • 750 gram cream cheese tantura,
  • 2 biji telur,
  • 8 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar santan (guna santan kotak),
  • 1 ½ tepung gandum,

Cara-cara :

  1. Mix semua guna mixer.
  2. Sapu majerin pada acuan.
  3. Kukus selama 10 minit.

Bahan Coklat :

  • 2 cawan tepung,
  • 1 ½ cawan gula,
  • 1 cawan santan (baki santan kotak tadi),
  • 2 sudu kecil baking powder,
  • 2 sudu besar ovalette,
  • 3 biji telur,
  • 1 cawan koko.

Cara-cara :

  1. Mix gula, santan, telur dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung, baking powder dan koko yang diayak sedikit demi sedikit.
  3. Tuang ke atas cream cheese yang sudah dikukus tadi. (Supaya mudah guna piping bag).
  4. Kukus semula dalam 15-20 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puteri ayu cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Comment