Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Pulut Dakap Kuih Popular Di Utara dan Pantai Timur

author name

📄

Sebut sahaja pulut dakap pasti anda terbayangkan seutas gelang emas kan? Sebenarnya gelaran ini diambil dari kuih yang popular di Pantai Timur iaitu kuih pulut dakap. Rupa yang seakan-akan dengan kuih tradisional ini gelang emas digelar pulut dakap.

Resepi kali ini kami nak kongsikan kuih tradisi Pantai Timur iaitu pulut dakap. Inti dalam pulut ini ada;ah pisang. Nak jumpa di sini agak jarang kita nampak, tapi jika anda datang ke Pantai Timur, memang banyak kedai yang menjualnya. Jom baca.

1. Resepi Pulut Dakap

Resepi pulut dakap dari Nor Hafiza Ghazali menggunakan resepi asli kuih pulut dakap. Memang sedap.

Bahan-bahan

  • 2 cwn pulut
  • 2 cwn santan
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan – simpulkan
  • Daun pisang
  • Pisang berangan

Cara Penyediaan

  1. Masakan pulut + santan + garam + daun pandan. Saya guna rice cooker. Memang dia akan mentah.
  2. Balut pulut + inti pisang tengah dengan daun pisang.
  3. Ikatkan 2 balutan dengan tali @ getah (getah rebus sekejap untuk elak pahit)
  4. Kukus sampai masak. Dalam 45-60 min.

2. Resepi Pulut Dakap Mudah

Nak cari resepi pulut dakap yang mudah? Anda boleh cuba resepi dari Haliza Zainol confirm jadi.

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo pulut susu
  • 1biji santan kelapa
  • Garam gula
  • Pisang
  • Daun pisang
  • Getah/tali

Cara Penyediaan

  1. Kukus pulut sehingga masak gaulkan dgn santan masukkan garam gula sesedap rasa gaul sebati rehatkan sekejap.
  2. Layurkan daun pisang atas api basuh dan lap kering.
  3. Isikan pulut tadi letak pisang di tengah dan balut pulut tadi buat 2biji cantum atau ikat dengan getah.
  4. Kukus sehingga masak dalam 30-40minit.

3. Resepi Pulut Dakap Pisang Raja

Resepi dari Siti Sarinah Salleh ini menggunakan pisang raja sebagai bahan utama dalam pulut dakap ini.

Bahan-bahan

  • Sekilo beras pulut
  • Sebiji kelapa/ sekotak santan (perah santan tanpa air)
  • Gula 2 cawan
  • Daun pisang
  • Pisang raja

Cara Penyediaan

  1. Masak kepala santan masukan garam sedikit biar bagi rasa lemak.
  2. Basuh beras pulut dan rendam dalam sejam.
  3. Kukus pulut sampai masak
  4. Dah siap kukus masukan pulut dalam bekas masukan gula gaul masa pulut panas dan gula dah sebati masukan santan yang dimasak, jangan masuk semua masuk sikit macam kita nak buat ketupat uli bagi sebati.
  5. Siap dah gaul sebati boleh lah bungkus. Ambil pulut sikit ratakan atas daun letak pisang di tengah.
  6. Dah siap bungkus ikat dan ulang step sama sampai siap.
  7. Dah siap semua rebus macam rebus ketupat. Selamat mencuba.

4. Resepi Pulut Dakap Utara

Haa jangan tak tahu pulut dakap juga popular di Utara, Memang mudah nak dapatkan kuih pulut dakap ini disana. Jom baca resepi versi utara dari Sarah Nuat.

Bahan-bahan

  • Pulut susu 1/2 kg (rendam dlu 1-2 jam)
  • Santan 1 cwn
  • Secubit garam
  • Pisang berangan/apa² pisang uolls suka
  • Daun pisang
  • Tali rapia

Cara Penyediaan

  1. Panaskan pengukus kukus pulut yang direndam tadi separuh masak dalam 15 mnit.
  2. Sambil tu potong daun pisang anggaran dan layur daun pisang atas api sederhana.
  3. Gaulkan santan dan garam tuang ke dalam pulut yang separuh masak gaul sampai sebati. Kukus sekali lagi dalam 15 mnit supaya santan meresap dalam pulut tutup api.
  4. Angkat pulut bagi sejuk sekejap sapu sedikit minyak atas daun pisang. ambil sesudu pulut letak atas daun pisang yang dilayur tadi penyek pulut bagi nipis letak pisang yang dibelah 2 atas pulut.
  5. Balut bagi kemas. Ambil 2 biji yang telah dibalut tadi bag macam berdakap kemudian ikat dengan tali kuat bagi bercantum 2 supaya ikatan tak terbuka.
  6. Kukus lagi dalam 10 minit siap.

5. Resepi Pulut Dakap Pandan

Resepi terakhir ini merupakan versi pulut berwarna hijau. Nampak menarik kan? Resepi ini dari Nurul Aimy menggunakan pewarna hijau untuk mendapatkan pulut berwarna hijau.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 500gm beras pulut
  • 300ml air 100ml santan pekat
  • Pewarna hijau
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  • 5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B

  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit air
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/4 teh garam
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
  2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
  3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
  4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan biar sejuk.
  5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
  6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
  7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.

Resepi Menarik Yang Lain

Bukan hanya resepi pulut dakap sahaja yang ada, malah banyak lagi resepi pulut atau kuih tradisional yang menarik anda boleh cuba. Terima kasih kerana singgah ya!


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *