Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Paling Padu Bikin Semua Orang Lapar

author name

📄

Puding Roti merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya akan dihidangkan bersama sos kastard yang manis berlemak serta mempunyai kismis yang masam – masam manis sebagai topping. Gabungan rasa yang unik inilah merupakan kunci kepada kesedapan puding roti ini.

Kali ini kami bawakan resepi puding roti khas buat anda semua. Langkah – langkahnya amat mudah, hanya gabungkan bahan utama roti dengan bahan – bahan lain dan membakarnya, serta menyediakan sos kastard. Mari kita lihat cara penyediaan puding roti ini secara lebih terperinci.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Farhana Daud dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Pasti sahaja hasilnya menjadi!

Resepi Puding Roti

puding roti
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Puding Roti:

  • Roti (8-10keping)
  • Telur 3 biji
  • Susu cair 1 tin
  • Gula 4 sudu (ikut nak manis mana)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Kismis

Sos kastard:

  • Susu cair 1 tin
  • Air 1/2 tin (sukat guna tin susu cair tadi)
  • Gula 3 sudu (ikut nak manis mana)
  • Garam secubit cubitan
  • Tepung kastard 3-4 sudu
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara – cara memasak:

Puding roti:

  1. Sapu loyang dengan majerin
  2. Sapu roti depan belakang dengan majerin
  3. Potong roti kepada 4 or carik carik kan saja.
  4. Susun roti dalam loyang bagi rapat padat dan mampat.
  5. Dalam bekas lain, satukan telur, susu cair, gula, esen vanilla. Kacau sampai sebati.
  6. Masukkan ke dalam puding roti tadi.
  7. Biarkan sekejap utk kuah tu meresap.
  8. Tabur kismis.
  9. Kukus roti dalam 30-40 minit.
    Nota: Anda boleh bakar di dalam oven dalam 5 minit pada suhu 180C untuk berikan ia kering sedikit.

Sos kastard:

  1. Satukan susu cair, air, gula, garam, tepung kastard dan esen vanilla didalam periuk.
  2. Panaskan, kacau sampai pekat dan mendidih.

Boleh dihidangkan panas – panas ataupun sejuk.

puding roti 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *