Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Cheese (Mudah Sangat!)

author name

Selalunya, puding roti hanya diletakkan sos kastard biasa bersama kismis. Ada diantara kita mungkin sudah muak dengannya. Walaubagaimanapun, kini ada resepi yang lebih menarik iaitu resepi puding roti cheese.

Puding roti cheese menggunakan sos kastard cheese yang memberikan rasa lemak manis yang amat lazat. Cara pembuatannya juga mudah. Jadi, jom sediakan!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norislinah Mahfar dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau.

Resepi Puding Roti Cheese

puding-roti-cheese
image via Facebook

Bahan – bahan:

Puding Roti:

  • 10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 5 sb gula
  • Buah campur kering rendam air panas kejap (optional)
  • Coklat cip secukupnya

Kastard Cheese

  • 1 tin susu cair
  • 1tin air
  • 3 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 keping cheese slices

Cara – cara memasak:

Puding Roti:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali roti , buah kering & coklat cip
  2. Sapu butter setiap keping roti dan loyang.
  3. Susun roti dalam loyang dan curah bahan kisaran tadi. Tekan – tekan roti bagi semua meresap rehatkan selama 5 minit.
  4. Taburkan buah2 kering tadi & coklat cip.
  5. Bakar hingga garing suhu 170°c selama 35 minit atau kukus 30 minit.

Sos Kastard Cheese

  1. Bancuh tepung kastard dlm air + susu cair kacau rata.
  2. Kemudian campur kesemua bahan masak ats api perlahan.
  3. Kacau sehingga agak – agak sedikit pekat.
  4. Koyakkan cheese slices kacau hingga cheese cair. Siap!
  5. Hiaskan dengan buah segar atau buah dalam tin ikut suka.

Resepi – resepi yang boleh dicuba!

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *