roti karamel 2

Resepi Puding Roti Berkaramel Confirm Semua Orang Nak Lagi

Puding merupakan salah satu pencuci mulut yang paling digemari dan paling banyak dihidang sebagai melengkapi sesuatu hidangan. Biasanya ia terdiri daripada makanan yang manis ataupun berkaramel. Karamel merupakan gula yang dimasak sehingga hangus sehingga perang. Rasanya seperti hangit tetapi tidaklah terlalu manis.

Puding roti berkaramel puding yang menggunakan roti dan diatasnya mempunyai karamel. Cara membuatnya juga tidaklah terlalu sukar, dan pastinya anda boleh menyediakannya sendiri buat keluarga anda semua! Rasanya yang bervariasi pahit, manis dan lemak pasti sahaja membuat ahli keluarga anda menyukainya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Naz M Shariff dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom kita tengok bahan – bahan dan cara pembuatan puding roti berkaramel ini!

Resepi Puding Roti Berkaramel

roti karamel 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 /kurang dari 1/2 cawan air panas

Bahan B:

  • 4 keping roti potong dicarik
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Garam sikit

Cara – cara memasak:

A:

  1. Hanguskan gula sehingga perang dan masukkan air panas.
  2. Kacau segera supaya tidak berketul.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan pada suhu bilik.
  4. Ketepikan.

B:

  1. Kisarkan kesemua bahan B sehingga sebati.
  2. Apabila sudah sebati, masukkan telur dan kisar.
  3. Tapiskan adunan dan masukkan bahan B ke bahan A
  4. Kukus selama 45 minit.
  5. Siap!
roti karamel
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
3
Shares
Previous Article
kayu-keramat

Resepi Kayu Keramat Paling Terkenal di Pantai Timur Gerenti Sedap

Next Article
pepes ayam

Resepi Pepes Ayam Padu Sangat Makan Pun Bertambah - Tambah