Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Lapis Jelly Sangat Cute dan Melazatkan Sesuai Untuk Semua

Kita sering dengar mengenai kek lapis, kali ini kami bawakan resepi puding lapis yang cantik seperti kek lapis namun teksturnya lebih lembut dan enak dimakan ketika sejuk. Puding lapis jelly ini juga manis dan sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan umur. Akan tetapi, berwaspada jika anda ingin memberikan puding ini kepada anak kecil kerana terdapat risiko tercekik.

Cara pembuatan puding lapis jelly ini sebenarnya tidak lah sukar untuk disediakan. Malahan, ianya boleh menjadi salah satu aktiviti sihat untuk dilakukan bersama keluarga. Bahan – bahan untuk membuat puding lapis jelly ini juga boleh didapati di pasaraya berdekatan. Jadi, bolehlah anda menyediakannya!

Resepi ini dikongsikan oleh Halimah Mohd Siri dan mendapat banyak tanda suka serta komen positif di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Puding Lapis Jelly

puding jelly
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 10g serbuk agar – agar
  • 1200 ml air
  • 200g gula
  • Pewarna- hijau, merah, kuning, biru dan ungu

Bahan B:

  • 10g serbuk agar – agar
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200g gula
  • 1/2 sudu teh garam

Cara – cara memasak:

A

  1. Masak bahan A hingga hancur kecuali pewarna.
  2. Kemudian tapiskan, letakkan kedalam mangkuk. Biarkan ke dalam bekas lain (kaedah double boiler) atau biarkan dengan api kecil.

B:

  1. Masak bahan B hingga hancur kecuali santan dan garam.
  2. Kemudian tapiskan, letakkan kedalam mangkuk. Biarkan ke dalam bekas lain (kaedah double boiler) atau biarkan dengan api kecil.

Cara melapis:

  1. Sukar 250 ml agar – agar A dan letakkan pewarna.
  2. Masukkan kedalam loyang dan biarkan selama 5 minit atau sehingga keras.
  3. Apabila lapisan pertama sudah agak keras, lorekkan permukaan agar – agar yang sudah keras bersama pisau supaya lapisan melekat.
  4. Sukat 250 ml agar – agar B dan tuang kedalam loyang. Biarkan selama 5 minit.
  5. Ulangi langkah 3 & 4 sehingga habis. Apabila giliran agar – agar A untuk diletak, letakkan bersama pewarna.
puding jelly 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!