PUDING KARAMEL TANPA TELUR

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-bahan:
* 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
* 1 peket agar-agar serbuk (10g)
* 4 cawan air
* 1 cawan gula pasir (buh 3/4 cawan pun ok)
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.
2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.
4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 – 3 jam….
6. Bila dah sejuk…letak dalam bekas secara terbalik…taraaaaa….gula hangus dah duk atass…cun jer.
SeLAMAT MencuBA…
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
.
Kredit Resepi – YaNa MastUra

Total
0
Shares
Previous Article

Dodol kukus

Next Article

AGAR2 TEMBIKAI