Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Puding Dapat Pulak Tekstur Menggedik Cukup Sedap

author name

📄 ,

Salah satu dessert yang paling mudah dan menjadi kegemaran adalah puding. Paling sedap makan bila puding sejuk. Nak tambat hati anak-anak untuk suka makan adalah dengan puding juga. Jika anda kreatif dan pandai olah pasti anda boleh pelbagaikan resepi puding menjadi lebih cantik dan enak.

Ada yang memanggilnya agar-agar, hakikatnya sama sahaja pembuatan dessert ini. Kali ini kami nak bawakan pelbagai idea resepi puding untuk anda tahu dan sudah pastinya anda cuba sendiri. Jom baca!

Resepi Puding Tutti Fruity

Resepi puding ini pasti dapat memikat selera anak-anak. Dengan topping pelbagai buah-buahan yang anda pasti sedap. Resepi dari Noor Faezah.

Bahan-bahan

  • 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
  • • 1tin susu cair*
  • • 3tin air*
  • • 1tin susu full cream*
  • • 1tin susu pekat*
  • • 2sudu tepung kastard*
  • • 1sudu essen vanila*
  • • 1cawan gula pasir* (taknak letak pun takpe kalau taknak manis)
  • • Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara Penyediaan

  1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Dan biarkan.
  2. Masukkan semua bahan ( * ) masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan. Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
  3. Note: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur

Jika anda ada alahan pada telur, anda boleh pertimbangkan resepi puding caramel tanpa telur dari Pn Habsah Ngah ini.

Bahan-bahan

Caramel

  • 1 cawan gula

Puding

  • Agar-agar tambah tepung custard 1sdk
  • Air 4cwn (satukan semua bahan dalam periuk. Masak sampai agar-agar larut. Perlahan kan api
  • Masukkkan susu cair 1 tin
  • Susu pekat 1 tin
  • Esen Vanilla 1sdk
  • Pewarna kuning 1sdk

Cara Penyediaan

Caramel

  1. Masak dalam loyang atau periuk.
  2. Kacau selalu sampai keperangan. Tutup api. Curah air panas 1 cawan. Buka api balik buka perlahan. Kacau sampai caramel betul larut.
  3. Tutup api. Tunggu caramel suam boleh letak dalam bekas.

Puding

  1. Tepung custard membukit +air setengah cawan kacau baru curah dalam periuk tadi, tapis lagi supaya tak ada ketul pada tepung.
  2. Kacau api sederhana sampai likat dan berkilat.
  3. Tutul api.
  4. Adunan memang nampak tak pekat sangat. Nanti puding kalau dah sejuk dia lembut.
  5. Panas terus curah atas caramel. Curah guna senduk kalau nak guna loyang.
  6. Letak dua sudu besar curah perlahan. Caramel dengan puding takkann bercampur jangan risau dan boleh sejukkan.

Resepi Puding Blue Ocean

Cantik betul rupa puding blue ocean ini kan? Sayang betul nak makan. Resepi puding cantik ini dari Nor Al Fatihah T-hah.

Bahan-bahan

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 cawan gula pasir (tak suka manis letak 1 cawan saja)
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan air laici (1 tin)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar biji selasih
  • Pewarna biru

Cara Penyediaan

  1. Di dlm periuk, satukan serbuk agar-agar, gula, air & air laici. Kacau hingga gula larut & mendidih.
  2. Bahagi dua bahagian. 1 1/2 cawan agar-agar di campur dengan susu cair. Agar-agar yang selebihnya di campur dengan pewarna biru.
  3. Tuang agar-agar susu ke dlm acuan mini hingga 1/3 acuan. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit atau hingga separuh keras.
  4. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas hingga kembang & toskan. Siat buah laici kecil-kecil.
  5. Keluarkan sikit agar-agar susu yang telah keras dengan pisau & sudukan biji selasih.
  6. Letak laici & tuang agar-agar biru hingga penuh acuan. Masukkan ke dalam peti ais 1-2 jam atau hingga keras/set.
  7. Sedia di makan sejuk dari peti ais.

Resepi Puding Santan Penuh

Siapa sahaja tak kenal Muhammad Ali, terkenal dengan resepi puding yang pelbagai jenis dan tekstur, Resepi puding santan penuh ini cukup rasa berlemak dan enak dinikmati.

Bahan-bahan

Loyang 8 inci

  • 10 g agar- agar serbuk ( 1 paket)
  • 2 setengah cawan ( 1 cawan 250ml)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula ( 200g)
  • 2 ketul kecil gula batu
  • 1 cawan air pandan ( 5-6 helai daun pandan kisar bersama 1 setengah cawan air) tapiskan selepas kisar
  • 1 kotak santan ( 200g) sebatikan bersama – sama 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila & secubit garam. Kalau pakai santan fresh ambil yg kepala santan tu ya
  • 2 titik pewarna pandan

Cara Penyediaan

  1. Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 setengah cawan air. Tapiskan.
  2. Ambil 1 kotak santan 200g, sebatikan bersama dengan 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila * secubit garam. Ketepikan bila dah siap.
  3. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 2 setengah cawan air + 1 paket serbuk agar agar yang 10g + 1 cawan gula + 2 ketul kecil gula batu + 1 tin susu cair + 1 cawan air pandan yg kita buat mula-mula tadi.
  4. Sebatikan baru hidupkan api perlahan sahaja kacau perlahan dalam 3 minit.
  5. Selepas itu masukkan santan yang telah sebati dengan telur , essen vanila dan garam tadi.
  6. Kacau hingga mendidih.
  7. Dah mendidih biarkan jangan kacau selama 2-3 minit.
  8. Kacau dalam 1 minit baru matikan api.
  9. Tuang dalam loyang 8 inci.
  10. Bagi puding duduk diluar atau suhu bilik selama sejam . Pastikan persekitan bersih.
  11. Baru sejukkan dalam peti selama 4 jam.

Resepi Puding Roti Karamel

Resepi puding karamel ini mempunyai bahan tambahan iaitu roti. Penggunaan roti ini menjadikan rasa puding lebih berlemak. Resepi ini dari Naem Nas.

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin air masak
  • Sedikit esen vanilla

Cara Penyediaan

  1. Blendkan roti, susu cair, susu pekat dan telur. Masukkan air dan sedikit esen vanilla.
  2. Kacau sebati.
  3. Saya guna loyang saiz 8 inci
  4. Untuk buat gula hangus, masukkan 4 sudu besar gula. Masak atas api yg kecil supaya tidak cepat hangus. Tunggu sampai gula tukar keperangan lalu sejukkan sebelum tuang adunan.
  5. Tapis adunan kedalam loyang dan kukus selama 40 minit.

Resepi Puding Buah-buahan Sos Kastard

Buat pencinta buah-buahan anda boleh cuba resepi puding buah-buahan bersama sos kastard ini dari Sharifah Nurul Shahida. Memang sedap bila makan waktu puding sejuk.

Bahan-bahan

Bahan & cara masak untuk puding

  • Masak sepeket serbuk puding buahan bersama 700ml air
  • Masukkan 1 tin susu cair
  • Masukkan 3sudu besar tepung kastard
  • Masukkan 5 sudu gula perang.
  • Masak hingga semua sebati bila dah mendidih tuang dalam bekas sejukkan sampai beku

Bahan & cara masak sos kastard

  • Masak air 500ml dlm periuk
  • Masukkan 2 tin susu cair
  • Masukkan 1/2tin gula perang
  • Masukkan 2 sudu kecil garam
  • Masukkan 1 cawan tepung kastard

Cara Penyediaan

  1. Kacau hingga sebati mendidih tutup api dan sejukkan.
  2. Ambil puding yang telah di bekukan susun buah-buahan samada buah tin atau buah-buahan segar kemudian, tuangkan sos kustard siap dan sedia di makan.

Resepi Puding Pandan Thai

Thailand memang cukup terkenal dengan dessert yang berasaskan santan, salah satunya adalah puding pandan Thai ini. Kombinasi rasa pandan dan santan memang sedap. Resepi ini dari Shahmila Radha.

Bahan-bahan

Bahan puding

  • 2Sudu kapur masakan (campur dengan 1gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
  • 1cawan tepung beras
  • 1/3cawan tepung pulut
  • 1/3cawan tepung ubi kayu
  • 1/3cawan gula perang
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 1 sudu paste pandan

Bahan kuah santan

  • Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
  • Tepung Jangung 1 sudu kecil (bancuh dengan 1cawan air )
  • Gula pasir putih 1 sudu besar
  • Garam 1/2 sudu teh

Cara Penyediaan

Bahan puding

  1. Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih.
  2. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam.
  3. Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.

Bahan kuah santan

  1. Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung ,gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.
  2. Kelapa parut gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak).

Biji bijan

  1. Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
  2. Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam..
  3. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut.

Resepi Puding Roti

Puding roti ini memang tak lapuk dek zaman kan? Kali ini resepi puding roti versi bakar dari Wani Hswn ini memang sedap nak pulak curahkan bersama sos kastard di atas puding roti ini.

Bahan-bahan

Bahan-bahan puding

  • Roti gardenia pek bonanza
  • Susu segar/full cream 3@4cawan
  • Telur A 3@4biji
  • Gula 3-4sdb (gula ejas tahap manis yg nk)
  • Esen vanila
  • Butter 3-4sdb (cairkan)
  • Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip

Bahan-bahan sos kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2sdb tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 3-4sdb gula
  • Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)

Cara Penyediaan

Puding

  1. Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla pukul guna whisk.
  2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah di cairkan tadi kacau sikit.
  3. Roti 3kpg setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bg rata, tekan2 sikit guna spatula bagi meresap.
  4. Tabur topping di atas, kemudian bakar 30-40minit suhu 150-170 (ikut oven masing-masing ye)

Sos kastard

  1. Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat.

Resepi Puding Triffle

Puding trifle ini adalah kombinasi puding dan kek, Selalunya kek yang digunakan adalah kek jenis swiss roll. Resepi ini dari Samsinar Bustami.

Bahan-bahan

  • 1 ketul swiss roll
  • 1 tin Buahan campuran (tapiskan asing air dan buah)

Kastard

  • 8 sudu tepung kastad
  • 1tin susu cair
  • 2tin air
  • 1/2 cwn gula

Adunan jelly

  • 1kotak srbuk jelly
  • 400 ml air

Cara Penyediaan

  1. Potong kek swiss roll dan susun dalam bekas kemudian tuangkan air sirap buahan dalam tin tadi merata diatas kek.
  2. Kemudian tuang adunan kastad yang sudah dimasak tadi dan rata adunan tu taburkan buah campuran yg telah ditapis tadi tekankan sedikit buahan tu supaya tenggelam apabila tuangkan jelly nnt.
  3. Dah rata adunan jelly sejukkan puding dalam petiais sedap dimakan sejuk.

Adunan jelly

  1. Dah masak tuangkan jelly atas buahan pastikan buahan tenggelam baru cantik dah siap tunggu sejuk baru potong.

Resepi Kek Karamel Puding Pelangi

Bukan senang nak buat kek karamel puding pelangi, ada banyak langkah anda perlu ikut. Resepi ini dari Fauziah Ali.

Bahan-bahan

Bahan A

  • Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar loyang ukuran 8”x 8” dan letak atas dapur gas dgn api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
  • Ketepikan dahulu loyang.

Bahan B (PUDDING)

  • 1 tin susu cair / susu sejat
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (kuning dan putih)
  • 70gm (4 sudu makan) gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat puding

  1. Satukan susu cair, gula castor dan esen vanilla di dalam periuk dan panaskan sebentar di atas dapur dengan api perlahan.
  2. Putar telur hingga kembang dan masukkan ke dalam periuk susu tadi dan kacau rata.
  3. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.

Bahan C (KEK)

  • 3 biji kuning telur
  • 140 gm (1 cawan) tepung gandum
  • 70 gm (4 sudu makan) gula castor
  • 135 ml air sejuk
  • 45 ml (1/3 cawan) minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder

Cara buat kek

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit dan putar lagi hingga rata.
  4. Ketepikan dahulu adunan.

Bahan D (MERINGUE)

  • 6 biji putih telur
  • 70 gm (4 sudu besar) gula castor
  • 1 sudu teh cream of tartar

Cara buat meringue

  1. Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul kental. (Terbalikkan tak jatuh).

Cara Penyediaan

  1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
  2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa-apa warna yang digemari.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.
  4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
  5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
  6. Bakar kek pada suhu 160 degree selama 45 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing.
  7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 10 minit baru keluarkan dan biar kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang.
  8. Terbalikkan loyang dan cepat lapkan lebihan air yang ada pada kek.
  9. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.

Resepi Menarik Yang Lain

Terdapat pelbagai resepi menarik dan viral yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan. Jangan lupa share ya. Semoga mendapat manfaat dengan resepi dikongsikan ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *