Resepi Puding Karamel Kastad Ala Family Mart

Selepas terlibat dengan dunia pastri dan masakan sejak 10 tahun lepas. Sebelum ini semua perkongsian hanya dalam media sosial peribadi Madam. Sekarang Madam nak perluaskan perkongsian agar lebih ramai orang dapat mencuba resepi-resepi confirm jadi Madam ini.

Jadi hari ni Madam ingin kongsikan satu resepi yang boleh dikatakan menjadi kegemaran ramai, bukan hanya di Malaysia tapi jua dari negeri Jepun. Malah karamel paling sedap Madam pernah rasa pun dijual di Family Mart. Sebuah rangkaian kedai runcit franchise dari Jepun. Bukan nak kata karamel biasa itu tak sedap. Cuma yang dari Family Mart ni memang berbeza.

Lalu Madam pun mulakan pencarian dengan kaedah ” try and error” untuk mendapatkan rasa yang paling hampir dengan puding Family Mart ni. Madam dapati pertama bahan yang diguna mesti bahan premium. Itu syarat utamanya. Ia tidak hanya menggunakan susu sahaja tapi ia juga menggunakan krim putar. Ia dibakar bukan dikukus seperti kebiasaan puding karamel.

Cukup dulu celoteh madam tentang puding karamel ni, mari kita lihat bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan

Karamel

  • 3 sudu besar gula dipanaskan hingga perang dan cair. Tuang kedalam loyang kek bulat saiz 8″. Biarkan seketika.

Kastad.

  • 1 cawan penuh full cream milk.
  • 1 cawan penuh krim putar/masakan.
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur ditambah dengan 3 kuning telur
  • 2 sudu kecil esen vanila

Kaedah

Pertama panaskan oven pada suhu 160 celcius. Sediakan loyang bulat saiz 8″ yang telah siap dengan karamel gula tadi.

Masukkan semua bahan kastad dalam periuk. Dengan api perlahan kacau hingga gula larut. Tak perlu hingga ia mengelegak ye.

Tuang perlahan dalam loyang. Bakar dengan teknik steambath selama 40 min. Bila da cukup 40min,buka pintu oven sedikit dan biarkan puding didalamnya selama 30 min sebelum dikeluarkan.

Terbalikkan perlahan2 atau kalau tak yakin masukkan dalam peti ais beberapa jam dulu.

Boleh terus dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga atau tetamu istimewa.

Harap pembaca sudi mencuba resepi ini. Rasa dia tak terlalu manis,cukup lemaknya. Rasa premium sangat puding ni, jadi tak rugi mencuba!.

Jangan lupa cuba juga resepi-resepi kami yang lain ye.

Give a Comment