puding-coklat-mooncake

Resepi Puding Coklat MoonCake Yang Paling Mudah Tapi Rasa Lazat

Mooncake merupakan salah satu hidangan tradisi masyarakat Cina. Oleh kerana rasanya yang sedap, mooncake telah menjadi salah satu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira kaum. Mooncake telah diinovasi menjadi pelbagai hidangan dan antaranya adalah puding coklat mooncake.

Kali ini kami bawakan resepi puding coklat mooncake ini khas buat anda semua! Ianya terbahagi kepada tiga lapisan iaitu lapisan kuning, lapisan putih dan lapisan coklat. Cara pembuatannya boleh anda ikuti kerana ianya tidaklah kompleks seperti yang kita jangkakan. Mari lihat resepi puding coklat mooncake ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Aznie Khasri dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Puding Coklat MoonCake

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan 1 (kuning):

  • 350 ml susu cair
  • 50 gram gula pasir
  • 4 gram serbuk agar-agar
  • pewarna kuning
  • 2 sudu besar manggo emulco

Lapisan 2 (putih):

  • 750 ml susu cair
  • 100 gram gula pasir
  • 8 gram derbuk agar-agar

Lapisan 3 (coklat):

  • 750 ml susu coklat uht
  • 100 gram gula pasir
  • 100 gram coklat masakan (potong kecil2)
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 10 gram serbuk agar-agar

Cara – cara memasak:

Lapisan 1:

  1. Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sambil terus mengacau.
  2. Tuangkan ke dalam acuan lompang. (Separuh sahaja)
  3. Biarkan ia keras. Ini kita jadikan ia seperti kuning telur ye.

Lapisan 2:

  1. Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sambil terus mengacau.
  2. Keluarkan puding adunan 1 tadi yang telah pun keras. Cakarkan sikit permukaannya.
  3. Ambil acuan muffin, letakkan sedikit adunan putih. Kemudian letakkan adunan kuning yang telah keras tadi ditengah-tengah. Bubuh lagi adunan putih hingga menutupi adunan kuning tadi.

Lapisan 3:

  1. Campurkan semua bahan kecuali coklat masakan.
  2. Masak hingga mendidih sambil terus mengacau.
  3. Masukkan coklat masakan, sambil digaul hingga sebati. Tutup api.
  4. Tuang sedikit coklat ke dalam acuan mooncake tunggu hingga separuh keras.
  5. Keluarkan puding putih tadi dari acuan muffin. Cakarkan sedikit dengan garfu. Supaya elok ia melekat nanti.
  6. Letakkan puding putih tadi ditengah – ditengah acuan mooncake. Tuangkan lagi adunan coklat hingga menutupi adunan putih tadi.
  7. Sejukkan dulu pada suhu bilik baru la dimasukkan kedalam peti sejuk.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Total
15
Shares
Previous Article
serunding-ayam

Resepi Serunding Ayam Versi Malas Malas Tapi Sedap

Next Article
pes ikan bakar 2

Resepi Pes Ikan Bakar Boleh Guna Untuk Banyak Ikan Mesti Jimat Masa