Puding Buih Tembikai

Excited & seronok sgt stp kali wat puding buih tembikai ni…sedap mkn sejuk2 dgn sos kastad…mkn x pyh kunyah terus telan..hahaha

♡PUDING BUIH TEMBIKAI BERSAMA SOS KASTAD♡

Bhn2 Puding Buih
♡20gm agar2 strip
♡4 cwn air
♡1 cwn gula
♡1 sd teh esen vanila
♡5 bj pth telur gred A
♡1 bj kuning telur gred A(optional)
♡coklat chips/kismis/bijan htm(biji tembikai)
♡pewarna mrh, kuning & hijau

Cara Buat
~Didihkan air. Mskkan agar2 & kacau hingga agar2 hancur
~Mskkan gula & esen vanila. Kacau lg hingga gula larut
~Angkat & tapiskn. Ketepikan & biar agar2 suam2 kuku dlm 15 mnt
~(meringue) pastikan pth telur x bercampur dgn kuning telur & air. Pkl dgn high speed hingga kembang & kental (tbalikkn bekas adunan x jth)
~mskkan kuning telur. Kl x nk ltk pun tkpe..tp kl campur puding akan rs lemak2 sikit & lbh sedap. Pkl lg hingga kembang & gebu
~Tuang agar2 yg dh suam2 kuku sedikit demi sedikit sambil pkl hingga ke dasar mangkuk. Jgn mskkan agar2 sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan pth telur terpisah & terapung dr agar2.
~Pkl selama 5-10 mnt hingga adunan mjadi sejuk & gebu
~Tuang adunan ke dlm bekas yg tlh di basahkan supaya senang nk keluarkan dr bekas nanti
~Titikkan 2 sd teh pewarna mrh & kuning d bhgn tgh adunan utk jadikan isi tembikai. Kacau dgn sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dgn berhati2 supaya warna x terkena pd dasar mangkuk. Ms ni perlukan ketelitian sikit..kene pandai agak ye..hehe
~Sejukkan dlm peti ais hingga beku dlm 1/2 jam
~Sisipkan puding dgn pisau supaya senang nk terbalikkan. Terbalikkan mangkuk perlahan2 ke atas bekas lain.
~Celup berus dgn pewarna hijau & sapu keseluruhan luar puding sbg kulit tembikai. Buat corak tembikai sekali. Biarkan pewarna kering baru simpan dlm peti ais
~Keluarkan puding & terbalikkan semula. Permukaan isi tembikai d bhgn atas, bhgn kulit d bwh. Potong perlahan2, kemudian ltk coklat chips sbg biji tembikai. Curah sos kastad ms hidangkan

Sos Kastad
♡1 tin susu cair
♡1 1/2 cwn air
♡1/2 cwn gula
♡3 sd bsr tpg kastad
♡1 sd teh esen vanila
♡sedikit pewarna kuning
♡2 helai d.pandan-disimpul

~Satukan semua bhn2 sos dlm periuk. Kacau rata dulu baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih & kuah mjadi pekat. Kemudian tapiskan & simpan dlm peti ais

IMPORTANT!!
## Puding buih ni kene buat dgn cpt kerana ia mengandungi putih telur & cpt membeku.
## Sgt penting utk biarkan agar2 suam2 kuku dl sbb agar2 yg panas akan memasakkan adunan pth telur & membuat ia terapung & terpisah dr agar2.

**kalu dh malas sgt wat bentuk tembikai..buh je kaler & terus tuang dlm loyang @ acuan comel2..hihihi..kl x nk mkn dgn sos pun its ok..:-D
Silakan share & sila wat ye..:-D

kredit resepi kepada ‎Nor Fatihah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
0
Shares
Previous Article

Ayam Blackpepper

Next Article

Daging bakar air asam