Resepi Puding Batik Biskut Marie Paling Sedap dan Cantik

puding batik

Acap kali kita dengar mengenai kek batik kan? Kali ini kami di resepi.my ingin membawakan resepi yang lebih unik dan berinovatif iaitu resepi puding batik biskut marie. Rasanya lebih lembut dan manis serta ianya juga sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Resepi puding batik biskut marie ini lain daripada yang lain. Berbeza dengan kek batik, terdapat satu bahan khas yang terdapat di dalam puding batik iaitu serbuk agar – agar. Serbuk agar – agar tersebut akan dicampurkan bersama milo dan coklat memberikan tekstur puding di dalam hidangan tersebut.

Resepi ini dikongsikan oleh Sabariah Bahasar dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Jom kita lihat resepi puding batik biskut marie ini.

Resepi Puding Batik Biskut Marie

puding batik
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 paket biskut marie
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 12 sudu makan milo
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 paket serbuk agar agar
  • 1 cawan tepung kastad
  • 120g mentega/marjerin
  • 1 biji telur

Cara – cara memasak:

  1. Milo dan koko disatukan dan digaul sebati dgn 1/2 cawan air panas. Ketepikan.
  2. Tepung, telur dan susu dikisar halus dan ketepikan.
  3. Masakkan serbuk agar – agar bersama 2 cawan air sehingga agar – agar larut.
  4. Tuangkan bahan kisaran dan mentega kedalam dan kacau dengan api perlahan hingga mendidih.
  5. Masukkan bancuhan milo dan terus kacau hingga pekat dan likat. Gunakan api kecil.
  6. Sementara itu, griskan loyang dan letakkan plastik diatasnya.
  7. Tuangkan sedikit puding kedalam dan rata kan.
  8. Susun biskut diatasnya dan tuangkan lagi puding di atas.
  9. Ulang hingga proses selesai.
  10. Simpan didalam petiais sebelum di potong.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment