Resepi Pucuk Paku Tumis (Sama Udang )

Resepi ini merupakan sebuah resepi sayuran yang popular dikalangan masyarakat kampung. Ini kerana pucuk paku amat mudah ditemui dikawasan kampung. Namun begitu kini pucuk paku amat mudah ditemui dipasaraya oleh itu tidak hairanlah ia mulai diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pucuk paku amat bagus untuk kesihatan kerana ia memberi pelbagai zat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Pucuk Paku Tumis (Sama Udang )
Bahan-bahan

  • 1 cekak pucuk paku hijau
  • 1 mangkuk kecil udang kecil atau udang tajam (kopek semua kulitnya)

Bahan tumbuk kasar

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa

Kaedah

  • Pucuk paku diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. 
  • Udang dikupas kulit, cuci bersih dan toskan. 
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna. 
  • Tambah air, dan biar sekejap. 
  • Masukkan pucuk paku dan gaul rata. 
  • Masak hingga pucuk paku lembut, tapi bukan sampai lembik. 
  • Siap.

Udang yang digunakan kali ini merupakan udang tajam, kerana ia bukan sahaja lebih murah, malah isinya juga lebih sedap dan manis. Pastikan anda mencuci pucuk paku dengan air yang mengalir untuk memastikan ia lebih bersih. Bagi anda peminat pedas, anda juga boleh menggunakan cili api. Namun terpulang mengikut selera anda, pastikan anda mencuba sendiri resepi ini dan kongsikan ia bersama rakan anda juga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Rendang Kerang Pucuk Paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku Tauge

Resepi Kerabu Udang Mangga

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Kari Terung Udang (Ala Mamak)

Next Article

Resepi Udang Goreng Tepung Roti (Ala Cafe)