Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Popia Sambal Manis (Confirm Teringat!)

Popia Sambal Manis, siapa tidak sukakannya? Gabungan pedas dan manis bersama sayuran rangup dan kulit popiah yang amat lazat dan menyelerakan mampu menaikkan selera sesiapa sahaja!

Kali ini kami bawakan resepi Popia Sambal Manis. Ianya tidak sukar dan amatur juga boleh menyediakannya. Popia Sambal Manis ini amat sesuai untuk dihidangkan sewaktu minum petang. Untuk lebih umph, hidangkan bersama teh o panas.

Resepi ini dikongsikan oleh Syarifah Norzila di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak likes!

image via Facebook

Bahan – bahan:

Popia

  • Kulit popia sebungkus
  • Sebatang lobak merah
  • Sebiji sengkuang saiz kecil
  • Taugeh
  • Air untuk balut popia

Sambal manis

  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar udang kering
  • Sos cili
  • 1 labu bawang putih

Cara – cara memasak:

Popia:

  1. Sagat halus lobak merah dan sengkuang.
  2. Celur taugeh sebentar.
  3. Kemudian, gaul rata lobak, sengkuang dan taugeh tadi.
  4. Balut bahan tadi dengan kulit popia. Untuk bagi kulit melekat. pada akhir lipatan popia, letakkan sedikit air
  5. Goreng dengan api sederhana. Pastikan kuali betul – betul panas baru menggoreng ye.

Sambal Manis:

  1. Kisar bawang putih, udang goreng bersama cili kisar dan sedikit air.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau rata. Selepas itu, masukkan gula dan garam.
  3. Masukkan sos cili. Masak sehingga nampak agak pekat.
  4. Boleh angkat dan sejukkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!