Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Popia Pelbagai Jenis Yang Pasti Sedap Sangat

author name

📄

Siapa sahaja yang tidak suka makan popia kan? Popia ini digemari semua lapisan umur. Boleh dimakan tak kira tempat dan masa. Sering dijadikan sebagai kudapan. Bila dah dapat makan popia memang ralit.

Resepi kali ini kami nak kongsikan koleksi resepi popia untuk anda cuba buat paling penting mudah dan cepat nak buat.

Resepi Popia Sira Sambal

Popia sira sambal ini memang favorite kan? Tekstur rangup serta rasa sambal yang manis ini memang menjadi pujaan hati. Tak cukup kalau makan satu kan? Resepi popia sira sambal ini oleh NoraFiza Kamarin.

Bahan-bahan

  • 1pack Kulit popia/50pcs
  • 1biji Sengkuang(size sdrhana)
  • 3biji lobak (size sederhana)
  • Udang geragau (2 sudu besar)
  • Sedikit serbuk perasa

Bahan sambal

  • 8sb cili kisar(10tangkai Cili kering+ 1/2labu bawang putih+air sikit paras bahan sahaja/blend halus) ambil 8sb dari bahan yang di blend
  • 15sb@1 1/2cwn kopi gula pasir
  • 2sb sos cili
  • 1sk perasa cukup rasa
  • 2sb Bijan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Sagat panjang sengkuang dan lobak.
  2. Tumis bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak masak agak bahan layu sahaja.
  3. Kemudian toskn dab sejukkan bahan tadi dalam raga yang brlubang supaya air dari lobak, sengkuang tadi kering kalau tak kering nanti nak menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.
  4. Bahan inti dah kering dan sejuk boleh start menggulung.
  5. Gulung jangan terlalu ketat atau padat inti pun jangan terlalu banyak supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk lekatkan dengan air pada hjuung gulungan supaya tak terbuka.
  6. Habis menggulung semua popia boleh goreng garing dengan api yang sederhana.
  7. Toskan popia goreng bagi suam sejuk sebelum disira.

Sambal

  1. Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak.
  2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan kacau hingga pekat & berbuih api sedang sahaja.
  3. Gula memang guna lebih dari cili tips untuk bagi popia kekal rangup sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
  4. Dah pekat serta berbuih ganas tutup api bagi suam dulu.
  5. Sambal dah suam terus masukkan popia gaul smpai rata.
  6. Susun popia dalam dulang@talam tapi jangan susun bertindanatau bertindih kalau tak nanti popia tak rangup dah sejuk baru boleh susun dalam bekas.
  7. Bahan inti kalau nak letak bahan lain seperti ayam, daging, udang basah pun boleh..ikut selera masing nak ganti sayur dengan kubis atau taugeh yang penting inti toskan bagi kering sedikit.

Resepi Popia Carbonara

Popia carbonara ini memang menjadi kegemaran anak-anak. Boleh dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi. Anda boleh buat pada malam, dan pagi hanya goreng terus. Mudah kan? Jom baca resepi ini dari Farra Hanis.

Bahan-bahan

  • 2Biji Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1kg Dada Ayam (lagi banyak lagi sedap, cincang)
  • 3Paket Sosej
  • Sos Prego Karbonara (1 Tin)
  • Cheese Cheddar Keping
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • Carrot (parut panjang)
  • Susu segar 1 Kotak Kecil
  • Cendawan (Optional )
  • Garam dan gula
  • Kulit Popia

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan ayam cincang. Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak.
  3. Kemudian masukkan sosej. Kacau lagi.
  4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju. Masukkan susu segar. Tambah garam n gula.
  6. Masukkan carrot. Kacau dan masak hingga kuah carbonara sedikit kering.
  7. Sediakan kulit popiah. Letakkan inti secukupnya. Dan gulung.
  8. Sapukan sedikit telur di hujung kulit popiah.
  9. Goreng sehingga kekuningan.

Resepi Popia Bergedill

Selalu kita dengar tauhu bergedil kan, jangan tak tahu dengan kulit popia pun terjadinya popia bergedil. Teksturnya lebih rangup bila dimakan, dicicah pula bersama sambal kicap memang sedap. Jom baca resepi dari Rozmaliza Omar.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kulit popia dipotong dua
  • 3 biji telur (untuk salutan)
  • Minyak secukupnya

Bahan bergedil

  • 4 biji kentang besar
  • 400 gm daging kisar Ramly
  • 4 sdb bawang goreng
  • Daun sup/bawang potong halus
  • 1 sudu (k) lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 biji cili besar merah potong halus

Bahan sambal kicap:

  • 1 mangkuk kicap manis
  • Cili api ikut pedas
  • 1 ulas bawang putih

Hiasan

  • Cili padi dipotong
  • Daun sup dipotong kasar
  • 1 sudu (b) bawang goreng

Cara Penyediaan

  1. Kentang potong nipis2 dan goreng sehingga empuk atau lembut.
  2. Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
  3. Ambil kulit popia lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
  4. Pukul telur dan tambah sedikit perasa, celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
  5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.

Cara sambal kicap

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
  2. Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
  3. Masakkan cili kicap sebentar tp jgn sampai mendidih. Siap.

Resepi Popia Basah

Jika sebelum ini kami ada kongiskan resepi popia sira sambal versi bergoreng, kali ini resepi popiah basah. Tekstur popia ini lebih lembut dan padat dengan isi. Jom baca resepi dari Lia Yob Ibrahim.

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 500g Tepung gandum
  • 1 biji putih telur saja
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam

Bahan inti

  • * Sengkuang
  • * Karet
  • * Timun
  • 1 keping Tauhu lembut di ramas
  • 3 atau 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu atau ikut suka la nak banyak mana lada sulah
  • 1 sudu besar udang kering

Bahan sos

  • Cili kering
  • Kismis/kurma
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan

Kulit

  1. Bancuh macam nak buat jejemput. Jangan cair.
  2. Perap sekurang kurang 2 jam.
  3. Guna kuali non stick leper. Oles pada permukaan kuali,

Inti

  1. Bahan bertanda * sila sagat.
  2. Tumbuk bawang putih ngan udang kering.
  3. Tumis bawang putih dengan udang kering yang di tumbuk
  4. Masukkan tauhu. Nak masukkan telur boleh juga sebijik.
  5. Dah nampak kering sikit masukkan bahan inti yang dah di sagat tadi.
  6. Masak hingga nampak layu skit.
  7. Perasakan dengan garam.

Sos

  1. Semua bahan untuk buat sos ni semua main agak agak.
  2. Cili kering dalam 300g. Buang biji, rebus dengan kisar/blender. Masa blender masukkan dalam segenggam kismis. Selepas itu renihkan hingga airnya kering.
  3. Bila cili dah kering air, masukkan gula. Agak banyak lebih setengah kilo. Sehingga sos jadi merah hitam.
  4. Masak sos hingga pekat melekat. Berkilat. Kena kacau-kacau tau. Tunggu agak agak dah melikat tu masukkan garam. Sos tu kena ada rasa manis dengan masin. Biar seimbang.

Cara gulung

  1. Sapu sos agak agak, Jangan skit nanti tak sedap.
  2. Tabur kacang, letak inti letak bawang goreng. Gulung.

Resepi Popia Satar Ikan

Satar ikan memang cukup terkenal di Terengganu. Kali ini resepi popia satar ikan, tapi versi rangup. Memang sedap rasanya. Resepi popia ini dari Shai Anne Ahemed.

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 1/2 cawan kelapa putih
  • 10 biji cili api – hiris halus
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 batang serai *
  • Sedikit air asam jawa
  • Tepung jagung
  • Garam dan gula
  • Bahan bertanda * semua ditumbuk kasar

Cara Penyediaan

  1. Inti yang dah siap tak perlu masak biar mentah,
  2. Dah siap satukan semua bahan terus masukan pda kulit popia & gam tepi kulit dengan air.
  3. Guna ikan mentah tak boleh simpan lama ikan rebus boleh simpan lama.
  4. Cara:
  5. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang.
  6. Tumbuk hingga hancur.
  7. Gaulkan sekali dengan bahan tumbuk.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Perasakan garam dan gula.
  10. Sediakan kulit popia bungkus (jangan banyak sangat isi inti nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng)
  11. *Saya tambah sedikit halba untuk rasa kelainan.

Resepi Popia Ayam Cendawan Carbonara

Satu lagi resepi sarapan pagi yang pasti memikat selera anak-anak. Resepi popia ayam cendawan ini makan satu pun dah kenyang, ye lah inti sangat padat dengan ayam, cendawan dam lobak. Jom cuba resepi dari Adila Shafiai.

Bahan-bahan

  • 1 paket popia 7.5′ (50pcs)
  • 1 paket minced chicken
  • 1 tin cendawan butang (potong kecil)
  • 1 tin cream chicken
  • 1 tin sos carbonara
  • 2 batang carrot hiris kecik & panjang (boleh guna mix vege)
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • 1 biji bawang holland didadu
  • Sedikit air
  • 2 sbd lada hitam serbuk (kasar)
  • Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk lekat kulit popia)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang,agak layu.
  3. Masukkan ayam tggu separuh masak.
  4. Masukkan cream chicken & sos carbonara, kacau sebati.
  5. Masukkan carrot@mix vege & cendawan.
  6. Masukan sedikit air.
  7. Masukkan lada hitam.
  8. Kacau sebati, masak hingga mendidih.
  9. Tutup api & tunggu inti sejuk.
  10. Buka kulit popia, letak sesudu besar inti.
  11. Lipat kiri & kanan gulung.
  12. Sapu sedikit bancuhan tepung jagung di hujung kulit.
  13. Gulung sampai habis.
  14. Panaskan minyak.
  15. Goreng deep fry.

Resepi Popia Salted Egg

Popia salted egg ini sesuai dijadikan kudapan sambil tengok tv, memang ralit bila dapat makan. Nak buat pun senang. Resepi mudah ini dari Nora Zulkefli.

Bahan-bahan

  • 20 helai kulit popia
  • 2 tangkai daun kari

Bahan perasa

  • 3 sb serbuk salted egg
  • 1 1/2 sb gula aising
  • 1/2 sk garam

Cara Penyediaan

  1. Potong petak kecil.
  2. Jemur 30minit (tak nak bagi kulit popia bergulung apabila digoreng nanti).
  3. Goreng garing.
  4. Toskan.
  5. Goreng 2 tangkai daun kari.
  6. Toskan.
  7. Sangaikan bahan perasa sekejap.
  8. Dan semua dgn kulit popia tadi.
  9. Siap!!

Resepi Popia Nestum

Popia nestum ini sering kita jumpa waktu hari raya kan? Boleh juga dijadikan kudapan, Rasa rangup dan manis cukup lazat. Boleh ralit bila dapat makan. Resepi popia nestum ini dari Fareeza Lieza.

Bahan-bahan

  • 1 cawan nestum perasa original-kisar
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

Cara Penyediaan

  1. Kesemua bahan satukan dan ketepikan.
  2. 1 pek kulit popia.
  3. Sedikit tepung gandum yang di bancuh dgn air sebagai gam pada kulit popia.
  4. Kulit popia gulung gunakan straw gulung jangan ketat takut nanti popia tak rangup.
  5. Kulit popia yg digulung boleh digunting serong 1.5cm kemudian di goreng.
  6. Bila dah agak sejuk bolehlah digaul dengan serbuk nestum tadi.

Resepi Popia Kacang Hijau

Nampak seperti kuih batang buruk tapi bukan, ini adalah popia kacang hijau rasa yang seakan sama dengan kuih batang buruk. Jika anda penggemar kacang hijau jom cuba resepi popia kacang hijau ini dari Sarina Md Nayan.

Bahan-bahan

  • Kulit popia sebungkus – potong dan gulung guna straw. Jemur sekejap dan goreng
  • 500 gm tepung kacang hijau
  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan susu tepung

Cara Penyediaan

  1. Campur semua dan digoreng tanpa minyak hingga naik bau wangi tepung kacang hijau.
  2. Masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi dan penuhkan inti satu persatu. Siap.

Resepi Popia Cendawan Enoki

Resepi terakhir ini ialah popia cendawan enoki. Cendawan enoki ini bukan sedap digoreng malah boleh juga digoreng bersama kulit popia memang sedap. Resepi ini dari Salina Jalaludin.

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • Cendawan Enoki
  • Lobak merah (diparut kasar)
  • Sengkuang & timun (diparut kasar)
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  1. Sediakan bahan-bahan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali. Tidak perlu masukkan air. Sebab bahan-bahan ni akan mengeluarkan air sendiri ketika masak.
  3. Masak sehingga semuanya layu dan masak sekata. Tutup api. Sejukkan seketika.
  4. Ambil kan sedikit inti yang masak tadi dan dibalut dengan kulit popia. Ulangi langkah ini sehingga habis.
  5. Popia boleh terus digoreng ataupun sejuk beku seketika.
  6. Goreng dengan minyak panas sehingga keperangan. Tos minyak, sejukkan seketika dan sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi popia yang kami kongsikan ini. Mudah je kan? Pelbagai lagi resepi menarik yang ada telah kami kongsikan untuk anda. Terima kasih kerana singgah di lawan web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *