Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Kumpulan Resepi Pisang Goreng Rangup (Anda Patut Cuba)

Pisang merupakan buah yang punya banyak kebaikan. Mengandungi vitamin dan rasa sedap manis, jadikan pisang amat disukai oleh semua orang. Pisang selalunya dimakan mentah atau yang paling senang kita jumpa ialah pisang goreng.
Kepelbagaian pisang goreng sudah dikenal di seluruh dunia. Bermula dengan resepi tradisi sehingga resepi kahyangan ala restoran bintang lima pun ada.

Namun kali ini, kita akan hamparkan resepi pisang goreng sahaja, yang pastinya berbaloi untuk anda cuba. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai resepi pisang goreng yang beragam, dan kesemua resepi itu haruslah menyesuaikan tekak masing-masing. Satu hal yang menjadi penangan pisang goreng ialah garing di luar tapi lembut dan manis di dalam. Orang ramai lebih suka pisang yang rangup tahan lama tidak mudah layu walaupun sudah kena sidai berjam-jam.

Ingin tahu apa tips pisang goreng rangup tahan lama dan tidak berminyak? Jom ikuti resepi-resepi yang kami kongsikan di bawah. Kalau suka makan dengan sambal kicap dan topping coklat atau cheese ikut selera. Sesuai untuk resepi niaga dan customer tak putus beli.

Resepi Pisang Goreng Tanpa Minyak

Imej via Facebook

Buat pisang goreng kenalah rangup. Kalau tak rangup tidak sah. Sis Normala Kori berkongsi di laman Facebook resepi pisang goreng yang rangup dan tak berminyak. Resepi ini boleh dipakai untuk niaga. Tepung bancuh sendiri tidak perlu tepung segera.

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 2 cawan.
  • Tepung jagung secawan.
  • Tepung gandum setengah cawan.
  • Telur gred C sebiji (kalau telur gred A guna separuh sahaja tidak boleh letak telur banyak sangat sebab jika banyak sangat, rangupnya akan tahan sampai 4 hingga 5 jam sahaja).
  • Serbuk kunyit ½ sudu teh.
  • Air kapur dalam 4 sudu makan. Letak air kapur jangan terlebih nanti berbuih dan jangan terlalu sedikit.
  • Garam setengah sudu teh.
  • Marjerin satu sudu besar.
  • Kalau untuk makan sendiri boleh tambah kelapa parut atau kelapa mesin dalam 3 sudu supaya jadi tambah berlemak.
  • Air.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Mula-mula gaul semua bahan kecuali air.
  2. Selepas digaul, masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Agak-agak tidak terlalu pekat takut nanti kerak tidak cantik.
  3. Apabila sudah digaul dengan air, letak pisang untuk digoreng.
  4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak.
  5. Kalau ingin tepung melekat berkerak dekat pisang atau keledek, minyak panas tadi renjis bancuhan tadi kemudian baru letak pisang di atasnya.

Resepi Pisang Goreng Banyak Kerak

Imej via Facebook

Seterusnya ayuh kita cuba goreng pisang mabeles pula. Resepi ini dikongsikan oleh Liana Mustapha di Laman Facebook, resepi jualan setiap hari. Pisang gorengnya banyak kerak.

Bahan-bahan :

  • Tepung beras,
  • Telur sebiji,
  • Serbuk kunyit,
  • Air kapur sedikit,
  • Garam,
  • Bancuh tidak pekat dan tidak cair sangat.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua bahan.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
    Siap.

Resepi Pisang Goreng Kekal Rangup

Imej via Facebook

Punya banyak resepi pisang goreng tapi tidak rangup dan terus layu bila sejuk. Tapi sebab selalu cuba-cuba resepi, maka sis Nur Zaheera Mohd Dahalan telahpun dapatkan resepi pisang goreng yang kekal rangup tahan lama.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung beras,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecil garam halus,
  • 1 sudu kecil yis,
  • 1 sudu marjerin (optional),
  • Sedikit pewarna kuning,
  • 2 cawan air.

Cara-cara :

  1. Gaul kesemua bahan.
  2. Biar 5 atau 10 minit baru celup pisang goreng
  3. Goreng dengan minyak yang banyak dan panas hingga betul-betul garing.

Resepi Pisang Goreng Ranggup

Imej via Facebook

Makan petang pisang goreng dengan sambal kicap digandingkan pula dengan kopi O. Makin sedap jika makan dengan sambal kicap. Resepi dikongsikan oleh Wawa Waheeda di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Pisang,
  • 2 cawan tepung beras cap gajah,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Air kapur hujung sudu,
  • Air sejuk peti ais,
  • Ketulan ais 4-5 biji,
  • Pewarna kuning/serbuk kunyit.

Cara-cara :

  1. Mula -mula bancuh tepung dengan semua bahan di atas. Bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat sebab nanti ais akan cair.
  2. Jika minyak sudah betul-betul panas boleh digoreng sehingga kekuningan.

Resepi Pisang Goreng Tepung Sedap

Imej via Facebook

Pisang goreng sedap bergantung pada bancuhan tepungnya. Resepi bancuhan ala sis Zalina Zolkiply di laman Facebook amat lazat. Bukan untuk pisang sahaja bahkan ubi, cempedak dan kuih kasturi pun boleh.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • 1 sudu kecil marjerin,
  • Sedikit garam,
  • Air kapur.

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Masukan pisang dan goreng hingga kecoklatan.

Resepi Pisang Goreng Sukatan Cawan

Imej via Facebook

Resepi seterusnya senang sebab menggunakan sukatan cawan sahaja. Selain itu, resepi ini pula tidak bazir tepung. Sila cubakan resepi oleh Teratak Eja di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung adabi,
  • ½ cawan tepung beras,
  • ½ sudu teh baking powder,
  • Secubit garam,
  • Secubit kunyit serbuk,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bancuh bahan sedikit-sedikit dengan air sampai pekat. Jangan cair nanti tidak melekat dekat pisang.
  2. Pastikan minyak panas betul masa menggoreng.

Resepi Pisang Goreng Kak Ros

Imej via Facebook

Kepada para peminat tegar pisang goreng kak Ros mesti tidak sabar ingin tahu resepi ini. Masa mula-mula sis Roslina Mohamad berkongsi resepi di laman Facebook, ramai betul peminatnya. Maka untuk tidak menghampakan peminat pisang goreng kak Ros, jom tengok perkongsian di bawah.

Bahan-bahan :

  • 1 tepung beras,
  • 2 tepung jagung,
  • 3 telur,
  • 4 gula garam,
  • 5 pewarna kuning telur,
  • 6 air kapur n air biasa,
  • 7 perahan air limau nipis/cuka pon boleh,
  • 8 bijan kelapa parut lagi sedap kelapa yang muda.

Resepi Pisang Goreng Mudah

Imej via Facebook

Seterusnya memisang dengan resepi daripada sis Nana Sabrina Sarsan yang berkongsi di laman Facebook. Sukatan resepi di bawah ini diguna jika ingin goreng sedikit sahaja.

Bahan-bahan :

  • 3 sudu makan tepung gandum,
  • 5 sudu makan tepung beras,
  • 5 sudu makan tepung jagung,
  • 1 biji telur saiz kecil,
  • ½ sudu teh kapur makan,
  • Pewarna kuning/kunyit,
  • 1 sudu makan gula,
  • Sedikit garam,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Mula-mula campur semua bahan-bahan, pastikan adunan tidak pekat atau cair, agak-agak macam buat roti jala/kirai.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak, selamat mencuba

Resepi Pisang Goreng Kelapa Parut

Imej via Facebook

Ingin tahu resepi tepung pisang goreng jualan yang sudah ada selama 8 tahun? Resepi khas daripada sis Dnor Husin di laman Facebook. Rahsia sedap ialah guna kelapa parut.

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus tepung beras (brand Golden coins saya panggil *cap gelang),
  • 1 sb garam,
  • Sedikit kapur (besar ibu jari),
  • Sedikit pewarna kuning telur,
  • 1 bj telur (telur itik lagi cantik),
  • 1,sb marjerin (opsional),
  • Sedikit kelapa parut (tidak letak pon tidak apa).

Cara-cara :

  1. Masukkan air agak-agak tak cair dan tak pekat.
  2. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Boleh juga buat untuk keledek ikan dan sewaktu dengannya.

Resepi Pisang Goreng Kelapa Parut

Imej via Facebook

Jom buat goreng pisang macam opah guna kelapa parut. Tambah lagi masak guna kuali legend opah. Lagilah dapat feeling tradisi dia. Resepi pisang goreng gebu daripada Tina Chot di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras,
  • 2 sudu tepung jagung atau tepung ubi,
  • 2 sudu kelapa parut,
  • Garam,
  • Sedikit baking powder,
  • Sebiji telur,
  • Kalau mahu kuning boleh bubuh pewarna kuning.

Cara-cara :

Ambil sedikit daripada bancuhan, bancuh bagi cair untuk dituang atas pisang.
Tips supaya pisang nampak menarik dan sedap masukkan sedikit bijan.

Resepi Pisang Goreng dan Sambal Kicap

Imej via Facebook

Resepi terakhir ini paling sedap, sebab disediakan sekali dengan sambal kicap pedas-pedas manis. Panas rangup, sejuk pun rangup. Serdak dia lagi lah krupp krupp! Resepi daripada Are Peace di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras cap gajah3,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 biji telur,
  • 4-5 ketul ais kiub,
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (kunyit pun ok),
  • Air sejuk dalam peti ais,
  • Sedikit kapur makan (hujung sudu je bancuh dengan 1 sudu air).

Cara-cara :

  1. Masuk semua bahan dalam bekas kecuali ais dan air, gaul sebati.
  2. Bila dah sebati, baru masukan ais dan air sedikit demi sedikit. Jangan cair sangat sebab nanti ais tu akan cair.
  3. Bila menggoreng pula, guna api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Seterusnya masukan pisang yang telah disaluti tepung tadi.
  5. Masa menggoreng jangan kecilkan api. Biar api dengan tahap yang sama. Bila sudah nampak kekuningan yang dikehendaki tadi, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang.

Resepi Sambal Kicap :

  • 12 biji cili padi hijau,
  • 3 sudu besar gula,
  • 3 sudu besar gula merah,
  • 5 sudu besar kicap manis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 cawan air.

Cara-cara :

  1. Masuk semua bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus.
  2. Masak atas api sampai sedikit pekat.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pisang goreng, kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Selamat mencuba resepi, sila baca dan cubakan resepinya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!