Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pes Tomyam Buat Mereka Yang Nak Ekspress Tapi Sedap

author name

📄

Tomyam merupakan hidangan yang berasal daripada Thailand. Ianya amat digemari oleh rakyat Malaysia dan ianya merupakan juadah yang sangat popular dihidangkan pada makan malam. Tomyam juga boleh didapati di restoran Thailand berdekatan dan selalunya dimakan bersama nasi putih dan telur dadar.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh menyediakan tomyam sendiri tau! Buat mereka yang bekerja dan menginginkan sesuatu yang lebih ekspress, anda boleh menyediakan pes tomyam terlebih dahulu. Ianya pasti lebih mesra ekonomi, lebih terjamin kebersihan dan anda boleh mengubah suai rasanya mengikut kesesuaian selera anda! Jangan gusar dengan bahan dan cara menyediakannya kerana ianya sangat mudah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Faridah Essa dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Pes Tomyam

pes tomyam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sudu udang kering
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 inci belacan (dibakar)
  • Air asam jawa, gula & garam

Cara – cara memasak:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pes.
  4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.
  5. Sekiranya hendak guna boleh ambil. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *