Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pes Char Kuey Teow (Mudah dan Cepat!)

author name

Anda inginkan sesuatu yang mudah dan menjimatkan masa anda? Pada masa yang sama anda inginkan hidangan yang sedap? Jangan risau, kali ini kami bawakan resepi pes char kuey teow yang anda boleh sediakan sendiri, simpan dan masak pada bila bila masa sahaja.

Resepi pes char kuey teow ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Ianya juga berbaloi kepada mereka yang mempunyai keluarga yang besar dan mesra ekonomi. Lagi lagi bila masak menggunakan air tangan sendiri, pasti lebih baik kan?

Resepi ini telah dikongsikan oleh Muhammad Arif Masnu dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau.

Resepi Pes Char Kuey Teow

image via Facebook

Bahan – bahan:

Paste cili:

  • 8 bawang putih *
  • 2 bawang besar *
  • 10 sudu cili boh
  • 1 pati ikan bilis
  • 3 sudu gula

Paste kicap:

  • 5 cawan air
  • Udang
  • 1 kiub ikan bilis
  • 5 sudu kicap cair
  • 5 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 bawang putih
  • 4 sudu sos ikan

Cara – cara penyediaan:

Paste cili:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh sehingga naik minyak.
  3. Masukkan pati ikan bilis dan gula.
  4. Siap!

Paste kicap:

  1. Rebuskan udang bersama lima cawan air.
  2. Kemudian, keluarkan udang.
  3. Masukkan kesemua bahan lain sehingga ia mereneh.
  4. Tutup api dan siap!

Resepi -resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *