Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Himpunan Resepi Pau Roti Goreng (Menyesal Tak Cuba)

author name

📄 ,

Mungkin selama ini anda biasa makan pau kukus, tapi pernahkah anda makan pau goreng? Nama sebenar ada yang panggil roti goreng, tapi biasa dikenali dengan pau goreng. Pau goreng berintikan sama macam pau kukus, ada inti kacang merah, ayam, daging, ikan bilis, dan lain-lain.

Pau goreng yang sedap ialah doh yang apabila digoreng ianya garing di luar namun lembut di dalam. Kesedapan pau makin bertambah jika anda makan panas-panas. Tambahan pula, isian inti yang sedap yang menggetarkan lidah di tiap gigitan. Pau berintikan apa yang anda suka?

Bingung ingin buat pau yang lazat tapi tidak tahu resepi? Jangan risau, kami ada kumpulan resepi pau goreng sedap dengan inti yang lagi lazat. Resepi-resepi daripada laman Facebook ini berbaloi untuk anda cuba. Boleh buat untuk makan sendiri atau untuk niaga. Selamat mencuba.

Resepi Pau goreng Kelapa Parut

Imej via Facebook

Resepi pertama akan dikongsikan oleh Kasmah Pangagah dari laman Facebook. Resepi pau goreng inti kelapa parut. Ini ialah resepi untuk pemula guna sukatan cawan. Buat untuk kudapan sendiri.

Bahan-bahan :

  • Yis kering satu paket,
  • 1 3/4 cawan tepung gandum,
  • Setengah cawan air suam,
  • 1/4 cawan minyak masak,
  • Inti kelapa parut.

Cara-cara :

  1. Masukkan air suam ke dalam bekas.
  2. Tuangkan serbuk yis dan adun sebati.
  3. Kemudian, masukkan minyak masak dan sebatikan.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli.
  5. Bahagikan kepada beberapa biji. Saya dapat 15 biji.
  6. Leperkan kemudian masukkan inti sebanyak yang anda suka.
  7. Bulat-bulatkannya.
  8. Biarkan dalam setengah jam atau sehingga ia kembang.
  9. Goreng pada api sederhana.
  10. Toskan.

Resepi Pau Sardin Goreng Gemok

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah homemade pau goreng sardin yang gemuk dan montel untuk sarapan pagi ini. Resepi daripada Rosaslinda Md Nor di laman Facebook. Jemput makan semua.

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung gandum,
  • 1 sudu teh garam,
  • 2 sudu besar majerin atau 1/2 cawan minyak masak,
  • 2 cawan air,
  • 11 gram yis,
  • 3 sudu makan gula,
  • 2 sudu makan susu pekat manis,
  • 1 biji telur.

Cara bahagian 1 :

  1. Majerin dicairkan (dipanaskan atas dapur). Ketepikan, biarkan sejuk seketika.
  2. Laruntukan gula dan susu pekat dalam 1 cawan air. Masukkan yis dalam 1 cawan yang berasingan. Ratakan dan kacau yis seketika.
  3. Satukan campuran gula, susu pekat dan yis. Biarkan yis berbuih (yis aktif bila nampak buih-buih macam teh tarik) lebih kurang 10 min.
  4. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar bersama garam.
  5. Masukkan majerin yang dicairkan tadi dan telur. Kacau bagi rata.
  6. Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. (Adunan akan jadi sedikit lembik. nanti nak bentukkan pau bubuh tepung bagi tidak melekat dan senang dibentuk)
  7. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan doh naik 2x ganda, lebih kurang satu jam. (Jangan lebih nanti terlalu kembang, bentukkan pau nanti jadi tidak cantik).

Cara bahagian 2 :

  1. Setelah satu jam doh rehat, tumbukkan doh 2 hingga 3 kali bagi keluar angin.
  2. Ambil sedikit doh sebesar bola ping pong, anggaran berat 35 gram. Kemudian leperkan.
  3. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli (anggaran berat 12 gram).Tutup dan kemaskan.
  4. Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik, sebab nanti pau yang dikemaskan akan terbuka dan inti mudah terkeluar apabila digoreng.
  5. Goreng dalam api yang sederhana dan minyak banyak hingga pau tenggelam. (Guna api perlahan supaya pau masak sekata)

Tips untuk frozen :

Goreng pau seketika hingga sedikit kekuningan (untuk matikan yis dari terus kembangkan pau anda).
Kemudian sejukkan dan masukkan dalam plastik atau bekas kedap.

Bahan Inti Sardin :

  • 1 labu bawang besar,
  • 1 biji limau nipis atau limau kasturi 2 biji,
  • 1 tin sardin saiz besar.
  • 1-2 cili padi.

Cara-cara :

  1. Tumis 1 labu bawang besar yang dipotong dadu.
  2. Sambil tumis bawang, hancurkan dahulu sardin dengan garpu, asingkan kuah.
  3. Perah sedikit 1 biji limau inipis atau limau kasturi 2 biji untuk hilangkan hanyir sardin.
  4. Bila bawang agak kekuningan, masukkan sardin beserta kuah tadi, masak sehingga kuahnya kering sedikit. (Jangan masak terlalu kering sangat, nanti hangus. Selalu kacau inti sardin sebab dikhuatiri hangit).
  5. Masukkan cili padi dipotong halus sebiji atau 2 untuk sedikit rasa pedas (optional).
  6. Masukkan sedikit garam, kacau sebati dan tutup api.
  7. Sejukkan sekejap inti sebelum digunakan.

Resepi Pau Kelapa Merah

Imej via Facebook

Makan pau goreng panas-panas memang paling sedap. Rasanya lembut dan wangi. Pau inti kelapa. Lain orang lain resepi. Resepi didatangkan oleh Masturina Ismail yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Setengah gelas air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 paket mauripan,
  • Tepung gandum 500 gram,
  • Marjerin 2 sudu besar,
  • Minyak masak 2 sudu besar,
  • Susu pekat 2 sudu besar,
  • Garam secubit,
  • Gaul semua sebati.

Cara-cara :

  1. Kacau gula dalam air suam kemudian masukkan mauripun dan biarkan naik buih. Pastikan air itu suam.
  2. Kemudian masukkan bancuhan mauripan tadi.
  3. Uli doh dan kalau perlu masukkan air suam sedikit demi sedikit, kalau lembik tambahkan tepung.
  4. Agak-agak doh lembut dan tidak melekit di tangan.
  5. Perap selama 1 jam
  6. Lepas 1 jam tumbuk-tumbuk bagi keluar angin.
  7. Kemudian bentukkan bulat dan leperkan.
  8. Terus masukkan inti dan bentuk bulat semula.
  9. Tunggu dalam 15-20 minit, sudah boleh goreng dengan api sederhana.

Pau Goreng Cheese Meleleh

Imej via Facebook

Selain pau inti kelapa, kami juga ada resepi pau goreng cheese. Pernah bayangkan pau cheese sebelumnya? Perpaduan rasa tradisi dan moden. Resepi air tangan Cahaya Pesona di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Setengah kilo tepung gandum,
  • Setengah peket mauripan,
  • 1 sudu besar margerin,
  • 4 sudu besar susu pekat manis,
  • Air secukupnya,
  • Cheese slices gunting kecil-kecil secukupnya.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali air dan cheese, gaul sebati.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga tidak melekat di tangan.
  3. Buat bulatan kecil-kecil.
  4. Biarkan doh mengembang.
  5. Jika sudah kembang ambil doh, masukkan cheese dalam doh dan buat bulatan leper.
  6. Susun dalam dulang alas dengan plastik. Biar doh mengembang sekali lagi.
  7. Jika sudah kembang baru goreng.
  8. Boleh golekkan dekat gula halus sebelum makan.

Pau Goreng Inti Ayam

Imej via Facebook

Resepi seterusnya iaitu pau goreng inti ayam. Kalau makan ini gerenti rasa kenyang macam makan roti berlauk. Sangat mudah untuk dijadikan sarapan sebelum berangkat kerja. Resepi dikongsikan oleh Arwina Mansor di laman Facebook.

Bahan-bahan pau :

  • 2 biji kentang dipotong dadu dan direbus.
  • Kemudian blender atau lenyek 1 paket mauripan yis dimasukkan ke dalam mug yang berisi air suam dan 2 sudu besar gula. Kacau dan biarkan sampai berbuih.
  • Sediakan bekas besar. Masukkan 600 gram tepung gandum, 2 sudu besar marjerin ,1 biji telur, dan sedikit garam.
  • Campur semua dan uli sampai licin.
  • Apabila kurang air, tambah air, kalau kurang tepung tambah tepung sedikit-sedikit.
  • Uli sampai licin dan tutup dalam ½ jam sampai kembang.

Resepi Pau Goreng Inti Coklat Chips

Imej via Facebook

Seterusnya iaitu resepi pau goreng berintikan coklat chip. Resepi ini disediakan oleh Ayuzie Ayu yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • ½ kg tepung gandum,
  • 1 peket yis,
  • 3 sudu majerin,
  • 6 sudu susu,
  • 3 sudu gula,
  • 1 cawan air.

Cara-cara :

  1. Air, yis dan gula (kembangkan).
  2. Tepung dan majerin dan susu (satukan).
  3. Masukkan yis (yang sudah dkembangkan) ke dalam tepung.
  4. Uli sampai doh tidak melekat.
  5. Masukkan inti dan bulatkan.

Resepi Pau Kacang Merah Tanpa Susu

Imej via Facebook

Ada yang panggil roti goreng, ada pula yang panggil pau goreng. Tapi apapun nama sebenar dia, rasa tetap sama dan sedap. Buat roti goreng inti kacang merah untuk minum petang hari ini. Resepi dikongsikan oleh Mastura Razali di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500g tepung gandum,
  • 220g air sejuk peti ais,
  • 1 biji telur,
  • 80g gula halus,
  • 80g shortening/marjerin,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu besar yis,
  • 10g pelembut roti (optional).

Cara-cara :

  1. Uli kesemua bahan.
  2. Masukkan inti.
  3. Siap goreng.

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah dengan Telur

Imej via Facebook

Siapa suka goreng pau garing-garing? Bila gigit luar garing dalamnya gebu. Yang tidak suka garing di luar tidak perlu goreng lama. Ikut selera ingin macam mana. Buat sendiri kita letak inti lebih, barulah puas hati makan. Boleh buat untuk sarapan atau minum petang. Resepi daripada Khadijah Jaafar dari laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 800 gram tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • 3 sudu besar planta,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 sudu kecil gula,
  • ½ gelas air suam,
  • 1 peket yis,
  • Air sejuk secukupnya.

Cara-cara :

  1. Masukkan gula, yis dan air suam. Biarkan seketika hingga yis nampak kembang dalam gelas.
  2. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat dan bancuhan yis.
  3. Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air sedikit-sedikit supaya doh tidak terlebih air.
  4. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.
  6. Seterusnya, tumbuk-tumbuk manja doh, supaya udara keluar.
  7. Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah dan bulat-bulatkan.
  8. Susun pau dalam dulang, pastikan taburkan dulang dengan tepung dulu.
  9. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita ingin ambil untuk goreng tidak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
  10. Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, teruskan guna api sederhana.
  11. Jika suka garing boleh goreng agak lama, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknya turun.
  12. Sedapnya makan panas.

Resepi Pau Goreng Sambal

Imej via Facebook

Seterusnya pau goreng berintikan sambal spesial yang dikongsikan oleh Siti Zuleha di laman Facebook. Resepi yang selalu dijadikan untuk jualan. Pau ini amat sedap jadi juadah di petang hari.

Bahan-bahan :

  • 1 paket yis,
  • 1 cawan air suam,
  • 2 sudu gula pasir,
  • 2 sudu susu pekat,
  • 3 cawan tepung gandum,,
  • 2 sudu makan butter/marjerin,
  • 1 biji telur,
  • Secubit Garam.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan uli sampai doh jadi licin dan cantik.
  2. Adun doh dalam 10 minit atau 15 minit untuk hasil yang cantik.
  3. Rehatkan doh 10 minit biar jadi 2x ganda dari asalnya. Bila doh sudah mengembang,
  4. Bentukkan doh tadi jadi bulat-bulat.
  5. Susun di loyang yang telah ditaburkan dengan tepung untuk mengelakkan doh melekat di loyang.
  6. Rehatkan dalam 10 minit atau tunggu saiznya sudah 2x ganda.
  7. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  8. Bila doh sudah kembang, sedia untuk digoreng.
  9. Biar masak sebahagian baru terbalikkan ya.

Bahan-bahan Sambal Tumis :

  • Cili kering agak-agak dalam segenggam,
  • Bawang besar 4 biji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Garam dan gula pasir secukup rasa,
  • Daun pandan untuk aroma wangi.

Cara-cara :

  1. Blender bahan-bahan.
  2. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
  3. Apabila sudah garing masukkan gula dan garam dan biarkan sambal masak hingga kering.
  4. Siap. Kalau ingin sedap lagi goreng ikan bilis taburkan di atas sambal tadi.

Tips:

Untuk hasilkan sambal yang tahan lama dan sedap. Masak selama 4-6 jam bergantung pada banyak sambal itu.
Bila semua sudah siap. Belah pau dan sapukan sambal tadi di tengah-tengah pau dan letak timun.

Pau Goreng Gebu Inti Kacang Merah Tanpa Telur

Imej via Facebook

Citarasa pau goreng Inti kacang merah sentiasa lekat di hati masyarakat. Pelbagai resepi pun disediakan. Resepi akhir sekali pau goreng gebu yang dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya di laman Facebook.

Bahan-Bahan:

  • 250 gram tepung gandum,
  • 5 gram yis segera,
  • 20 gram shortening/marjerin,
  • 1/2 sudu teh garam,
  • 1/2 sudu teh baking powder,
  • 30 gram gula halus,
  • 1 sdb susu tepung/ susu manis,
  • 110 gram air biasa.

Cara-cara :

  1. Untuk membuat kulit pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
  3. Bentuk doh bulat-bulatkan setiap satu menjadi 35 gram. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
  5. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama satu jam.
  6. Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak panas tapi api sederhana.
  7. Goreng sehingga warna keperangan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Pau Goreng, kami juga menulis resepi menarik lain. Jemput baca dan mencubanya, jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.