Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pau Goreng Frozen (Pantas dan Cepat)

author name

📄

Para ibu suka pening cari alternatif menu sarapan untuk anak. Mengingat masa yang diperlukan anak untuk bersiap ke sekolah amatlah singkat. Ibu perlu tahu idea masak sarapan yang ringkas, cepat dan pantas.

Dalam pada itu, kami akan berkongsikan resepi pau goreng frozen yang mudah. Pau frozen ini merupakan menu pantas untuk sarapan pagi. Frozen malam, esok pagi tinggal goreng pau tersebut.

Ada yang jual pau frozen di pasar raya. Namun mestilah harga agak mahal, dapat dalam beberapa ketul saja. Lebih berbaloi kalau buat sendiri. Dapat banyak, makan puas-puas. Masak guna api yang serderhana maka ia tidak akan masuk minyak, masak di dalam dan warnanya cantik kekuningan.

Cara buat pau goreng frozen kali ini dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya di laman Facebook. Mari menggoreng pau hari ini. Adunan ini dapat dalam 12-13 biji untuk doh 40 gram.

Resepi Pau Goreng Frozen

pau goreng rozen
Imej via Facebook

Bahan Pau :

  • 250 gram tepung gandum,
  • 5 gram yis segera,
  • 20 gram shortening/marjerin,
  • ½ sudu teh garam,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 40 gram gula halus,
  • 1 sudu besar susu tepung/ susu manis,
  • 110 gram air biasa (tuang sedikit-sedikit).

Cara Membuat :

  1. Untuk membuat kulit pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
  3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40 gram.
  4. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  5. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
  6. Kemudian isikan intinya. Selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama satu jam.

    pau goreng rozen
    Imej via Facebook
  7. Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak sederhana panas. Goreng sehingga warna keperangan.

Bahan Inti Kacang Merah

  • 250 gram kacang merah direndam semalaman. (Kalau ada pressure cook tidak perlu rendam semalaman. Pastikan masukkan air yang agak banyak ya).
  • 1 ketul gula Melaka,
  • Gula sesuai selera,
  • Secubit garam,
  • Air secukupnya,
  • 3@4 sudu minyak jagung/minyak masak,
  • Daun pandan,
  • 3 sudu makan tepung gandum.

    pau goreng rozen
    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Rebus kacang merah sampai lembut. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
  2. Masukkan kacang merah tadi dalam blender bersama lebihan air rebusan tadi dan diblend sampai agak halus. Kalau tidak cukup air masukkan sedikit lagi air.
  3. Masukkan ke dalam periuk kacang merah yang sudah siap diblend tadi bersama gula, garam, daun pandan dan baki air tadi. Masak sehingga pekat.
  4. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  5. Bila adunan kacang merah sudah agak pekat masukkan minyak jagung. Kacau sebati. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pau goreng frozen, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *