Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pajeri Terung Sedap Hingga Menjilat Jari

Ā Resipi kali ini merupakan resipi yang bukan sahaja ringkas tetapi sangat sedap. Pajeri adalah sejenis masakan yang menggunakan serbuk kari,santan dan juga kerisik di dalam perbuatannya. Kebiasaannya bahan yang digunakan ialah nanas namun perkongsian kali ini akan menggunakan terung sebagai bahan utamanya. Bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi ini ialah seperti bawang-bawang putih halia dan juga santan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.Ā 

Bahan bahan

  • 4-5 biji terung ā€“ belah 2 tak putus
  • 2 paket kecil rempah kari daging Babas
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 mangkuk kecil santan ā€“ 1 plastik kecil
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasaĀ 
  • 3 sudu besar gula atau secukup rasa
  • Serbuk perasa

Bahan tumbuk

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari haliaĀ 
  • Segenggam udang kering

Kaedah

  • Mula-mula goreng terung separuh masak dan ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  • Selepas itu tumis pula rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Biarkan sehingga rempah naik minyak.
  • Kemudian masukkan santan, garam, gula, serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul hingga rata
  • Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agakĀ terungĀ tenggelam sahaja.
  • Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Serbuk kari yang digunakan di dalam resipi ini ialah serbuk kari daging. Jika anda ingin mencuba dengan rempah kari ikan anda boleh berbuat seperti demikian. Krisis digunakan untuk menaikkan lemak di dalam masakan ini apa pun diharap anda akan cuba sendiri resipi ini sebenarnya sangat mudah untuk disediakan dan rasanya sangat sedap selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!