Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Nugget Homemade Sungguh Mudah Nak Buat dan Sihat

author name

Nugget memang menjadi hidangan kegemaran anak-anak, pantang masak hidang terus habis. Nak lagi sedap cicah pula dengan sos cili atau mayonis memang padu kan? Bila dah jadi seorang ibu pasti kita ingin anak kita dapat sumber makanan yang terbaik. Salah satunya adalah nugget yang kerap kita hidangkan pada mereka.

Resepi kali ini adalah resepi nugget homemade yang sangat sesuai untuk ibu yang mencari resepi snack food. Nugget homemade ini diyakini dari sumber yang bersih untuk anak-anak. Jom baca.

1. Resepi Nugget Tempura

Kalau beli di luar boleh tahan harga nugget tempura kan? Apa kata anda buat sendiri lagi puashati. Jom cuba resepi dari Noor Liyana

Bahan-bahan

  • Isi ayam (pakai bahagian dada dipotong kecil2) dalm 700gm
  • Telur 2 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah 2 biji (saiz sedang)
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Tepung ubi kayu 3 sudu
  • Garam dan perasa (ikut suka)
  • Tepung goreng serbaguna
  • Sedikit butter

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau tak ada, boleh guna blender).
  2. Kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt (sebelum masuk adunan, ada sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan),
  3. Kemudian, potong nugget cake mengikut saizds n bentuk yang kita suka.
  4. Bancuh tepung serbaguna dengan air. jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
  5. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.

2. Resepi Nugget Homemade

Nugget berbentuk hati memang menjadi pilihan. Sebenarnya tak susah pun nak buat nugget kan, kalau ikut resepi mesti jadi. Resepi ini dari Nora Zi.

Bahan-bahan

  • 1 ketul dada ayam
  • 1 sudu lada hitam
  • (Belender kering)
  • 1biji bwg merah dan putih
  • 1 biji telur
  • Garam aji secukup rasa

BLENDER SEMUA BAHAN TUANG AIR SEDIKIT UNTUK MENGISAR

Cara Penyediaan

  1. Dah siap belender kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu tepung pulut 2 sudu.
  2. Gaul rata dan tambahkan hirisan daun sup dn sebagainya.
  3. Dha siap gaul masuk dalam loyang dan kukus sampai jadi kental (dalam 10 ke 15 minit) dan boleh lah potong ikut suka.
  4. Celup kan dengan telur dan taburkan serbuk nugget (guna bread crumbs warna oren) golek rata pastu dan goreng hingga masak api sederhana panas kalau nsk frozenkan goreng setengah masak sejukkan dulu baru simpan di peti sejuk beku. Selamat mencuba.

3. Resepi Nugget Nasi

Ada lebihan nasi selalu buat nasi goreng kan? Haa apa kata kalau ini buat nugget nasi. Pasti anak-anak akan cukup suka makan. Resepi dari Baizura Abd Aziz

Bahan-bahan

  • Semangkuk nasi (masak bagi lembek)
  • Carrot
  • Kentang
  • Satu dada ayam (blender bagi hancur)
  • Daun sup
  • Separuh kiub ayam
  • Satu sudu serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tepung serbaguna (bestari) @ serbuk roti

Cara Penyediaan

  1. Carrot dan kentang rebus bagi lembut.
  2. Kemudian campur dengan secawan nasi lembek. Lenyek bagi lembut atau nak blender pun boleh.
  3. Dan campur semua sekali dengan isi ayam hancur. Masukkan serbuk lada hitam, gula ,garam dan kiub pati ayam.
  4. Kacau sebati semua sekali. Masukkan dalam loyang dan kukus sampai masak.
  5. Bila dah masak boleh bentukkan dan golek dalam tepung serbaguna atau serbuk roti.
  6. Simpan dalam sejuk beku dalam 30minit.
  7. Dan goreng.

4. Resepi Nugget Ayam Mudah

Kalau anda nak cari resepi nugget ayam homemade paling mudah, jangan risau ikut sahaja resepi dari Haniza Ishak ini confirm jadi.

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Lada sulah
  • Sikit garam
  • Tepung gandum sikit,

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan.
  2. Masuk dalam loyang dan kukus.
  3. Siap kukus boleh potong ikut bentuk kesukaan.
  4. Celup telur, celup breadcrumbs boleh goreng.

5. Resepi Nugget Homemade Orked&Cempaka

Resepi nugget homemade ini dinamakan sempena nama anak Puan Hanim Hanim. Comel kan nama resepi ini. Memang boleh kenyang makan nugget ini banyak bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 keping dada ayam
  • 2 batang saleri
  • 1 batang carrot (dicelur sekejap)
  • sedikit daun sup
  • 1 telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holand (saiz kecil)
  • 1tbsp grounded pepper
  • 1tsp italian herbs ( flakes )
  • gula,garam mengikut kesusaian.

semua bahan di blender sehingga lumat

Cara Penyediaan

  1. Semua bahan blend tadi masukkan dalam mangkuk.Kemudian masukkan 4-5 tbsp gandum dan 2-3 tbsp tepung pulut.kacau sebati.kalau adunan masih cair,lebihkan sedikit gandum dan kacau lagi sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang,ratakan cantik-cantik
  3. kukus adunan dlm 20 minit sehingga kental.menandakan sudah masak.
  4. Setelah masak,boleh potong ikut suka.

6. Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus

Kalau anda tak ada tempat pengukus jangan risau resepi dari Ibu Adam Amsyar ini tidak menggunakan sebarang peralatan pengukus. Mudah nak buat.

Bahan-bahan

  • Isi dada ayam keping*
  • Bawang holland 1labu*
  • Bawang putih 2ulas*
  • 1sudu kecik serbuk lada hitam
  • 1sudu kecik serbuk lada putih
  • Cukup rasa
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum dalam 1 sudu
  • Serbuk roti

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan bertanda *
  2. Gaul sebati dengan bahan lain. Bentuk pakai sudu. Letak dalam serbuk roti celup bagi lekat. Siap.

7. Resepi Nugget Ayam Sihat

Resepi nugget ayam ini tiada MSG atau dalam erti kata lain tiada sebarang penambahan perasa yang ada, hanya menggunakan perasa melalui sumber sayuran. Resepi nugget sihat ini oleh Nur Nadzirah Shahrul Nizam.

Bahan-bahan

  • Ayam Dada 2 pcs (dipotong kecil dan blend bersama ais kiub)
  • Ais kiub
  • White Pepper
  • 2sudu tepung gandum atau ubi
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • Bawang Putih (ditumbuk hancur atau guna garlic powder)
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Blend isi ayam bersama ais kiub dan sedikit air.
  2. Selepas itu, keluarkan dan masuk ke dalam bekas atau mangkuk.
  3. Masukkan white pepper, bawang putih, garam, baking powder dan tepung (gaul sehingga rata).
  4. Masukkan ke dalam bekas acuan cupcake (nak stim pun boleh, masuk dalam apa bekas dan potong or tekap selepas ia masak).
  5. Panaskan oven selama 10 minit.
  6. Masak isi ayam ke dalam oven (Suhu 150 selama 10 minit sahaja).
  7. Keluarkan isi ayam yang dah masak dan letak sedikit air dan tepung untuk proses tepek pula
  8. Sediakan tepung gandum + white pepper+ garam di bekas lain.
  9. Tepek isi ayam yang lembab dan sedikit tepung tadi ke bekas tepung kering.
  10. If you guys nak guna bread crumb pun boleh.
  11. Nak pedas, guna tepung bestari.
  12. Panaskan minyak dan sedia untuk goreng (pastikan minyak betul panas ya).

8. Resepi Nugget Ayam Tepung Ubi Kayu

Jika sebelum ini resepi nugget ayam menggunakan tepung gandum, kali ini resepi dari Wan Murni ini menggunakan tepung ubi dalam pembuatan resepi nugget ini.

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Lobak merah (carrot)
  • Ubi ketang 2 butir
  • Telur
  • Daun sup
  • Garam
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara Penyediaan

  1. Selepas blend tambah tepung ubi kayu 2 sudu besar dan kukus 25minit,
  2. Dan salut goreng siap,

9. Resepi Nugget Frozen

Perkongsian resepi dari Shai Anne Ahemed ini mendapat banyak share dan likes, Resepi nugget ayam homemade ini tanpa MSG dan bebas bahan pengawet.

Bahan-bahan

  • Ayam 2keping (isi dada sahaja) dicincang halus
  • Roti 5keping
  • Susu segar /sejat
  • Roti rendam skli dgn susu
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Serbuk lada putih/hitam : 1 sudu teh
  • Baking powder : 1 sudu teh
  • Garam : 1 sudu teh
  • Oregano kering : 1/2 sudu teh
  • Thyme kering : 1/2 sudu teh
  • Telur

Bahan gaulan

  • Tepung gandum+ tepung beras
  • Telur 2 biji di pukul untuk celupan.
  • Serbuk roti oren.

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan isi ayam yang dicincang & roti penyet.
  2. Blender bawang2 masukkan sekali jugak dengan bahan lain kesemuanya gaul rata.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit minyak. Kukus 20-30min.
  4. Setelah sejuk, potong mengikut saiz yang di sukai.
  5. Mulakan masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam campuran tepung , celup pada telur, kemudian golekkan di atas serbuk roti.
  6. Simpan elok-elok dalam bekas bertutup, dan kemudian simpan dalam peti sejuk.
  7. Boleh lah digoreng bila perlu.

10. Resepi Nugget Nasi Sedap

Sekali lagi resepi nugget nasi yang sedap dan mudah nak buat. Resepi yang dikongsikan oleh Faeila Ila ini di Facebook telah mendapat banyak perhatian.

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk anggaran 3 cawan
  • Isi ayam 2,3 ketul cincang.
  • Bawang putih 5biji
  • 1 kiub pati ayam knorr
  • Garam, gula, ajinomoto secubit
  • Sedikit air untuk blender
  • Telur 2 biji dan serbuk roti untuk salut

Cara Penyediaan

  1. Blender semua bahan dengan sedikit air.
  2. Dah siap blend kukus 30minit dalam bekas sapu minyak sikit.
  3. Bila dah sejukkan dan potong kecil.
  4. Dan celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti dah siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu, bukan resepi nugget sahaja yang ada, banyak lagi resepi menarik dan mudah untuk anda. Terima kasih kerana membaca!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *