Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Nona Manis Yang Lembut dan Berlemak

author name

Kuih melayu memang ada tarikan tersendiri. Penuh dengan rasa yang manis lemak, rupa yang berwarna-warni dan tekstur yang pelbagai jenis. Makan setiap hari memang tak pernah jemu. Salah satu kuih tradisi melayu yang semakin mendapat perhatian adalah nona manis. Satu lagi info yang anda perlu tahu nama kuih melayu banyak yang unik dan sangat istimewa.

Kali ini kami nak bawakan resepi kuih nona manis untuk anda buat sendiri di rumah. Seiring dengan peredaran masa kita dapat lihat pelbagai jenis kuih nona manis yang ada di buat mengikut citarasa masing-masing. Semua ada di jual. Tapi kalau anda nak buat sendiri lagi puas hati, Jom ketahui resepi nona manis ini.

Resepi Nona Manis Pandan

Kuih nona manis pandan ini ramai ini ramai peminat tersendiri. Rasa lemak pandan dan santan cukup enak bila di makan. Jom cuba resepi dari Aini Mohamad.

Bahan-bahan

(Adunan Hijau)

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pati pandan
  • 2 cwn setengah ke 3 cwan tepung gandum
  • Gula 3/4 cwan( kalu suka manis boleh tambah)
  • Secubit garam

(Adunan Putih)

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan

Adunan Hijau

  1. Satukan kesemua bahan hingga sebati ,kemudian tapis dan masak dengan api sederhana sehingga naik wap & adunan tidak terlalu pekat sentiasa kacau.
  2. Isi kan suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak ketepikan.

Adunan Putih

  1. Satukan kesemua bahan hingga sebati, kemudian tapiskan.
  2. Masak sehingga naik wap & agak pekat (jangan sampai berketul) guna api perlahan sahaja sentiasa kacau.
  3. Setelah suam masukkan ke dalam botol sos yang ada muncung.
  4. Paipkan adunan putih ditengah adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 ke 15 minit. Sejukkan.

Resepi Nona Manis Tanpa Telur

Jika anda alahan dengan telur tapi masih nak makan nona manis. jangan risau anda boleh cuba resepi nona manis tanpa telur dari Saimah Abdulhadi.

Bahan-bahan

Adunan hijau

  • 1 1/2 cwn gula
  • 3 cwn tpg gandum
  • 3/4 cwn tpg jagung
  • 6cwn santan+air pandan
  • Pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Adun sebati dan masak atas api sehingga agak pekat sedikit

Adunan putih

  • 3 sb tpg gandum
  • 3 cwn santan
  • Garam
  • Adun sebati dan masak sehingga pekat

Cara Penyediaan

  1. Sapu minyak pada acuan tuang adunan hijau dan picitkan adunan putih di tengah.
  2. Kukus 15 mnt api sederhana.

Resepi Nona Manis Jagung

Buat penggemar jagung anda boleh cuba resepi nona manis jagung ini dari Bam Azimad. Ketulan jagung di letak dibahagian tengan kuih pasti memberikan tekstur rangup ketika makan.

Bahan-bahan

  • 375g tepung pulut
  • 4 1/2 sudu bsr gandum
  • 1 1/2 sudu bsr tepung jagung
  • 1 3/4 air pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Esen hijau

Inti

  • 1 kotak santan
  • 1 cwn air suam
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1/4 cwn gandum
  • 3 telur A
  • Esen vanila
  • Esen kuning
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

  1. Campur semua tepung & garam bancuh dengan air pandan sikit. Tak perlu habiskan air jika doh dah elok sebati.
  2. Acuan perlu disapu minyak.

Inti

  1. Campur gula + telur, kacau hingga gula hancur.
  2. Campurkan bahan lain dan tapis.

Resepi Nona Manis Keladi

Kali ini kita cuba resepi nona manis yang lain sikit, iaitu nona manis keladi. Cantik hasil apabila siap. Warna ungu pada kuih ini menjadikannya sebagai satu tarikan. Resepi ini dari Jaja Noriza.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus(sy guna gula pasir yang halus tu)
  • 1 cawan santan kotak(apa2 brand pon takpe)
  • 1 cawan tepung gandum(sy guna cap ros)

Bahan B

  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung (saya tambah lagi 2 sudu besar)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh emulco keladi
  • 1 sudu teh pewarna ungu

Bahan C

  • 11/4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tpg gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan

Bahan A

  1. Blend telur hingga kembang,
  2. Bekas lain, satukan gula, santan, tepung dan kacau rata.
  3. Masukkan telur tadi dan kacau sebati. ketepikan.

Bahan B

  1. Satukan semua bahan dan kacau rata guna whisk hingga tak berketul dan masakkan dengan api perlahan hingga pekat, berkilat dan meletup tutup api.
  2. Masukkan bahan A tadi dan kacau rata hingga licin ketepikan.

Bahan C

  1. Satukan semua bahan dan masak api perlahan hgga licin berkilat dan sedikit pekat dan sejukkan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Sapu acuan dengan minyak.
  4. Masukkan bancuhan keladi 3/4 dari acuan dan kemudian pipekan bancuhan putih hingga penuh.
  5. Kukus 7-10 minit api sederhana besar jangan lebih masa nanti kuih tak cantik dan siap.

Resepi Nona Manis Coklat

Kalau buat nona manis versi coklat yang ini pasti anak-anak suka. Ye lah siapa sahaja kan yang tak suka coklat. Jom cuba resepi dari Zura Zul.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur gred A

Bahan B

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • Secubit garam

Bahan C

  • 2 cawan santan pekat/sederhana pekat
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Cara Penyediaan

Bahan A

  1. Telur pukul dulu bagi kembang
  2. Masukkan dlm blender bersama santan, gula & tepung. Blend sebati. Ketepikan.

Bahan B

  1. Satukan semua bahan. Guna whisk kacau bagi rata.
  2. Kemudian masak atas api perlahan sehingga agak pekat. Tunggu suam.
  3. Bahan A tadi tuang dlm periuk bahan B. Kacau sebati. Tuang dalam blender. Blend sebati.
  4. Tuang dalam jag kecil.

Bahan C

  1. Campur bagi rata dan tapis. Kemudian masak atas api perlahan sehingga menggelegak & agak likat sedikit. Tutup api. Terus tuang dalam botol sos kecil,
  2. Acuan lompang sapu minyak. Tuang adunan 3/4 acuan,
  3. Kemudian suakan muncung botol sos dlm adunan. Picit/tekan di tengah adunan coklat sampai naik adunan coklat.
  4. Panaskan pengukus sehingga mendidih.
  5. Kukus 10 minit.
  6. Tunggu sejuk. Guna lidi cungkil nona manis keluar dari acuan.

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana sudi membaca resepi ini sampai habis. Kalau anda nak tahu ada banyak lagi resepi menarik telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *