Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi New York Cheese Cake Buat Sendiri Confirm Jadi

author name

📄

Resepi berikut ini merupakan resepi kek keju yang amat digemari kerana kelazatannya. Kek keju lazimnya diperbuat daripada cream cheese kemudian dicampur dengan beberapa bahan lain seperti krim,telur,gula halus dan sedikit tepung jagung. Teknik membakar kek cheese ini menggunakan teknik ‘steam bath’ dimana ia dibakar bersama air mendidih. 

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dimana anda boleh dapatkan ia dikedai supermarket atau pun kedai pembekal barangan bakeri. 

Dasar

  • 110 g butter dicairkan
  • 12 keping biskut digestive (atau apa-apa jenis biskut tawar)
  • Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam acuan loose, sejukkan sebentar.
  • 900 g krim cheese
  • 225 g gula caster
  • 4 biji telur + 1 kuning telur
  • 150 g krim masam /yogurt
  • 1 1/2 sdb tepung jagung
  • 2 sdt jus lemon
  • 1 1/ sdt esen vanilla
  • Pukul krim cheese dengan gula sehingga kembang. 
  • Masukkan telur dan pukul rata kemudian masukkan yogurt dan tepung jagung dan gaul rata. 
  • Akhir sekali masukkan vanila esen dan jus lemon. 
  • Tuang adunan kedalam acuan biskut tadi dan bakar cara water bath pada suhu 325 F selama 45 minit.
  • Padamkan oven dan buka sedikit pintu oven dan biar kek sejuk sekurang-kurangnya 1 jam baru dikeluarkan dan simpan kek dalam letiais sekirang-kurang 12 jam sebelum dihidang.
  • Siap!

Selain daripada mengguna cream cheese anda juga boleh menggunakan keju marscapone atau campuran kedua jenis keju ini. Untuk dasar kek pula selain dari menggunakan digestive biskut anda juga boleh menggunakan apa-apa jenis biskut seperti biskut lemak atau biskut gandum. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *