nasi tomato 2

Resepi Nasi Tomato Gerenti Paling Sesuai Untuk Semua Orang Makan

Salah satu resepi yang sangat popular untuk dihidangkan pada majlis keraian adalah nasi tomato. Nasi tomato digabungkan bersama dengan ayam masak merah dan acar pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja. Rasanya amat lazat dan ianya juga sesuai untuk semua orang! Kali ini, kami bawakan resepi nasi tomato khas buat anda semua!

Walaupun nasi tomato sering dihidangkan di majlis keraian, anda juga boleh menyediakannya untuk keluarga anda. Ini kerana, cara pembuatannya tidaklah sukar. Malahan, mudah dan bahan – bahannya juga senang untuk didapati. Kami juga menyediakan hidangan ayam masak merah dan acar yang pastinya melengkapkan hidangan. Pasti yang tersayang suka akan hidangan air tangan anda ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aisyah dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Jom kita tengok resepi nasi tomato!

Resepi Nasi Tomato

nasi tomato
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Tomato:

  • 3 pot beras
  • 1 labu bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 ketul kiub pati ayam *
  • 1 cm halia *
  • 2 sudu besar planta/majerin untuk menumis
  • 2 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji tomato (buah) / 2 sudu besar puri tomato
  • 5 sudu besar sos tomato (hanya jika menggunakan buah tomato)
  • 1 sudu teh garam/secukup rasa

Ayam masak merah:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 senduk cili giling
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam dan secukup rasa
  • 1 labu bawang holland

Acar:

  • 1/2 timun
  • 1/2 lobak
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 biji lada merah
  • 4 – 5 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit air suam panas

Cara – cara memasak:

Nasi Tomato:

  1. Basuh beras bersih dan toskan.
  2. Kisarkan bahan bertanda (*) dan panaskan planta.
  3. Tumiskan bahan kisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  4. Kisarkan tomato bersama sedikit air.
  5. Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis. Anda juga boleh menggunakan puri tomato.
  6. Masukkan sos tomato dan kacau sebati.
  7. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi bersama garam dan air secukupnya.
  8. Masak seperti biasa.
  9. Siap!

Ayam masak merah:

  1. Kisarkan bahan bertanda (*) dan tumiskan. Masukkan serai.
  2. Masukkan kiub pati ayam, cili giling, gula, garam dan perasa. Gunakan api paling kecil sahaja.
  3. Selepas 15 minit, masukkan ayam dan kacau sebati.
  4. Tutup kuali dan biarkan selama setengah jam sambil pantau.
  5. Apabila sudah hampir masak, masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat.
  6. Biarkan dengan api perlahan selama 5 ke 10 minit.
  7. Siap.

Acar:

  1. Potong kesemua bahan dan campurkan.
  2. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncang sebati.
  3. Biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan.
nasi tomato 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *