Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Nasi Tomato Kukus

author name

📄

NASI TOMATO KUKUS
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
5 cawan beras Basmathi – cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato – cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin/minyak sapi
5 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan)
Daun pandan disimpul atau daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih – hiris
5 ulas bawang merah – hiris
1 inci halia – hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara cara:
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata. Tambah air, daun pandan dan masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan supaya nasi tidak patah dan hancur. Boleh dihidangkan bersama lauk Beriani Kambing, Ayam Masak Merah dan Dalca atau Acar Timun…

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *