Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Minyak Boleh Buat Sendiri Tak Perlu Tunggu Kenduri Kawin

author name

📄

Nasi Minyak selalu dikaitkan dengan kenduri kahwin. Ia biasanya digabungkan dengan ayam masak merah, daging masak hitam dan acar. Ditambah pula dengan papadom, menu lengkap kenduri kahwin! Akan tetapi, anda juga boleh menyediakan nasi minyak sendiri tanpa perlu tunggu kenduri kahwin tau!

Cara pembuatan nasi minyak amat mudah jika diikuti langkah – langkahnya. Segala rempah dan bahan tumis ditumis dahulu sebelum beras dimasukkan kedalam bahan tumisan tersebut. Kemudian, anda hanya perlu menambahkan air dan masak nasi seperti biasa. Jika hendak lebih sedap, anda boleh menggunakan beras basmati! Siap dan anda bebas menghidangkannya bersama juadah pilihan anda.

Resepi nasi minyak ini dikongsikan oleh Marina Seman dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook milik beliau! Jom tengok resepi nasi minyak.

Resepi Nasi Minyak

nasi minyak
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 pot beras Basmati (guna pot rice cooker)
  • 5 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 batang Kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk oren sunquick
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna kuning

Cara – cara memasak:

  1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit.
  2. Bawang kecil dan bawang putih dìhiris nipis, campurkan bersama rempah tumis 3 serangkai iaitu buah pelaga,bunga lawang dan kayu manis.
  3. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumis bahan – bahan tadi. Apabila sudah agak kekuningan, masukkan beras yang sudah ditos.
  4. Kemudian, masukkan air sebanyak 7 pot.
  5. Kemudian, masukkan oren sunquick, susu cair, garam dan daun pandan.
  6. Biarkan sehingga masak. Apabila sudah masak, titik kan pewarna kuning diatas nasi. Jangan kacau ye, biarkan selama 20 minit baru boleh dikacau.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *