Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah (Lazat dan Menyelerakan)

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, satu juadah yang amat lengkap dan sangat lazat. Ianya mempunyai banyak langkah yang perlu diikuti. Namun, semuanya bernilai apabila kita dapat menghasilkan nasi lemak yang amat lazat.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah juga amat versatil kerana boleh dimakan pada bila bila masa dan dihidangkan di semua jenis majlis. Bukan sahaja melayu, cina dan india juga amat menggemari nasi lemak.

Resepi ini dikongsikan oleh Nor Maizatul Mai dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

nasi-lemak-ayam-goreng-berempah
image via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • 2 1/2 cawan beras
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 4 helai daun pandan (blender ambil airnya)
  • 3 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 inci halia (hiris nipis)
  • 1 helai daun pandan (diikat)
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • sedikit garam

Sambal bilis:

  • secawan ikan bilis
  • cili kering kisar
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit santan
  • garam serta gula secukupnya

Ayam Goreng Berempah:

  • 2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 senduk cili giling
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Langkah – langkah memasak:

Nasi:

1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan, air daun pandan, halia, bawang merah serta sikit garam. Jangan lupa letak simpulan daun pandan sekali. Tambah air secukupnya.
2. Pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti nasi biasa.

Sambal bilis:

1.Blender bawang merah,putih, halia, 6 ekor ikan bilis dan sedikit air.
2. Tumis bahan blender dengan minyak masak.
3. Kemudian masuk cili kisar dan belacan. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa,gula melaka,gula,garam secukupnya dan masukkan ikan bilis. Lepas tu baru masukkan sedikit santan dan simpulan daun pandan.
5. Pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah tutup api.
6. Dah siap boleh hidang dengan nasi.

Ayam Goreng Berempah:

1. Ayam dipotong serta dibersihkan.
2. Bahan yang bertanda* diblender hingga halus.
3. Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit serta garam dan gula.
4. Perapkan dahulu sebelum digoreng.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!