Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah ( Lain Macam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi nasi lemak yang sememangnya menjadi kegemaran ramai orang terutama orang Malaysia. Nasi lemak satu masa dahulu dihidangkan hanya diwaktu pagi sebagai sarapan, namun sesuai dengan peredaran zaman dimana masyarakat kita makin sibuk bekerja. Maka kini nasi lemak mendapat permintaan tidak mengira waktu lagi.

Nasi lemak sendiri kini mempunyai pelbagai versi, nasi lemak berempah merupakan satu lagi inovasi nasi lemak. Ayam berempah dalam resepi ini adala sedikit lain ayam berempah yang biasa didapati, oleh itu bagi anda yang ingin tahu kelainannya, berikut adalah bahan yang digunakan.

Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah

Nasi Lemak
Bahan-bahannya

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah 
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Ayam Berempah 

Bahan Kisar

  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Lada kering anggaran 5 batang (gunting dan rendam)
  • 1biji telur

Bahan kering

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar 
  • 1 sudu besar  garam halus
  • Daun kari 2 pelepah
  • Kelapa parut
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 16)

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan tos.
  • Perapkan ayam dengan semua bahan iaitu bahan kering dan bahan kisar.
  • Goreng menggunakan minyak yang banyak.
  • Goreng sehingga masak dan garing.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Ayam berempah ini mempunyai rasa yang lebih sedap kerana penggunaan pelbagai jenis rempah. Jika anda tidak mempunyai serbuk jintan dan rempah lain, anda boleh gunakan jenis kasar. Tetapi anda haruslah menyangainya terlebih dahulu. Sangai adalah satu cara yang digunakan untuk menaikkan aroma bijian rempah, dimana ianya di goreng tanpa minyak dengan suhu kecil dan kemudian ianya dikisar atau ditumbuk sehingga halus.

Baiklah, diharap anda akan sudi mencuba resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment