Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah Versi Paling Orang Suka

nasi kukus 1

Nasi Kukus Ayam Berempah merupakan hidangan yang amat popular terutamanya di Pantai Timur. Namun, oleh kerana rasanya yang amat lazat, ianya boleh didapati di gerai – gerai berdekatan kita. Jika anda penggemar nasi kukus ayam berempah, anda juga boleh menyediakan hidangan ini sendiri tau! Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua.

Cara pembuatan nasi kukus ayam berempah ini terletak daripada ayam berempah dan kuah karinya. Ayam berempah haruslah diperap bersama rempah selama satu jam sebelum digoreng. Selain daripada ayam goreng dan kuah kari, sambal belacan juga penting di dalam hidangan ini. Gabungan ketiga-tiga lauk ini pastinya menjadikan ia satu kombinasi yang amat melazatkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Daud dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat resepi ini!

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

nasi kukus 1
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Rempah ayam:

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
    (Digoreng sangai dan kisar)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 2inci halia
  • 5batang serai
  • 2 sudu besar madu atau gula
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Garam, gula, serbuk perasa jika suka
  • Daun kari

Kuah kari:

  • Ayam
    Bahan untuk tumis
  • 4 serangkai (bunga cengkih bunga lawang buah pelaga kulit kayu manis)
  • 1sudu teh rempah halba campur
    Bahan untuk dihiris mayang
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 4 sudu besar rempah kari

Sambal belacan:

  • 40 biji cili padi*
  • 8 biji cili merah besar*
    Bahan bertanda * dikisar dengan air masak
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 4 biji bawang merah kecil#
  • 3 ulas bawang putih#
  • 1 inci belacan#
    Bahan bertanda # dibakar atas api
  • 1 biji mangga muda cincang
  • 1 biji tomato buang biji potong
  • 10 biji limau kasturi (ambik jusnya sahaja)
  • Kulit limau mayang
  • 2 biji limau nipis ambil airnya

Cara – cara memasak:

Ayam goreng berempah:

  1. Kisar atau tumbuk halia, serai dan bawang putih.
  2. Di dalam mangkuk besar, masukkan ayam dan kesemua bahan di atas.
  3. Gaul rata.
  4. Perap selama 1 jam.
  5. Goreng di dalam minyak yang banyak.
  6. Bolak balikan ayam dan apabila sudah hampir masak, masukkan daun kari.
  7. Ambil ayam bersama rempah – rempahnya sekali.
nasi kukus 3 ag
Imej via Facebook

Kuah kari:

  1. Panaskan kuali dan tumiskan 4 serangkai dan halba campur.
  2. Masukkan bahan yang telah dimayang.
  3. Apabila sudah garing, masukkan rempah kari yang dicampur bersama air dan kacau rata sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan air sebanyak mana yang anda inginkan untuk kuah.
  6. Tunggu sehingga mendidih dan masak pecah minyak.
  7. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  8. Masukkan daun kari jika anda ingin.
  9. Siap!
nasi kukus 4 kk
Imej via Facebook

Sambal belacan:

  1. Kisar kasar kesemua bahan bertanda (*) bersama air masak tapis.
  2. Air tapisan jangan dibuang dan masukkan cili kering kisar, kacau rata.
  3. Bahan bertanda (#) dibakar di atas api sebentar sehingga naik bau, terbakar kulit.
  4. Kopek kulitnya, tumbukkan bahan – bahan tersebut dan campurkan bersama garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Masukkan perahan asam limau dan limau kasturi. Gaul dan tuangkan ke dalam bekas cili tadi.
  6. Masukkan tomato dan mangga muda, kacau rata.
  7. Akhir sekali, masukkan kulit limau kasturi yang telah dimayang dalam 5 biji.
  8. Kacau rata. Siap!
nasi kukus 2 sb
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Give a Comment