Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Cina (Sesuai Untuk Dijadikan Bekal)

Untuk perkongsian pada kali ini, kita akan berkongsikan resepi nasi goreng cina. Resepi ini pastinya amat mudah untuk diikuti dan difahami. Yang paling penting mestilah sedap!

Nasi goreng cina ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai bekal untuk anak-anak anda ke sekolah atau untuk suami anda yang tercinta. Senanglah mereka untuk makan di sekolah atau pejabat nanti.

Resepi nasi goreng cina ini telah dikongsikan oleh Emanorsalha Zakaria di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial tersebut. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Nasi Goreng Cina

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 cawan nasi putih
  • 3 ulas bwg ros (kecil)*
  • 1 ulas bwg merah besar*
  • 5 ulas bwg putih*
  • 3 biji cili api hijau*
  • Isi ayam
  • Sotong
  • 1 sdk Lada putih
  • Cili merah
  • Carrot
  • Sawi
  • 3 biji telur
  • 1 sudu minyak bijan

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, goreng telur kacau-kacau. Kemudian, angkat dan asignkan dahulu.
  3. Tumis bahan-bahan yang bertanda *. Apabila sudah garing masukkan ayam, sotong, carrot, cili merah, dan lada putih.
  4. Masukkan garam, kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
  5. Kemudian, masukkan sawi dan telur tadi.
  6. Sebelum tutup api, tuanfkan minyak bijian dan gaul rata.
  7. Sedia dihidang!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!