Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Budu Khas Buat Pencinta Budu Semua!

Kali ini kami bawakan resepi nasi goreng budu yang amat lazat dan sesuai untuk dihidangkan pada waktu makan utama terutamanya makan malam. Budu merupakan salah satu makanan yang cukup popular di Kelantan. Tahukah anda, anda boleh menyediakan nasi goreng daripadanya?

Nasi goreng budu menjanjikan rasa masin yang lazat digabungkan bersama telur awan yang lazat, pasti dapat membangkitkan selera yang merasainya. Cara pembuatan nasi goreng budu amat mudah, seperti nasi goreng biasa. Pastikan anda menggunakan nasi sejuk bagi mendapatkan rasa yang lebih lazat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak dan mendapat banyak perkongsian dan komen positif di media sosial!

Resepi Nasi Goreng Budu

nasi goreng budu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Goreng Budu

  • Nasi sejuk – Gaul rata bagi berderai dengan sedikit air dan juga garam.
  • Budu : Ikut banyak mana nasi
  • Bawang merah dan putih : tumbuk
  • Belacan dan kiub ikan bilis
  • Cili padi – tumbuk kasar / potong
  • Kacang panjang / bunga kantan / kobis / daun kesum / serai / ulam raja / petai / lobak merah : Hiris

Telur awan:

  • Telur sebiji
  • Herba kering

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk dan belacan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, budu, tambah kiub ikan bilis, lobak merah, kacang panjang, serai dan petai.
  2. Bila dah mendidih, masukkan nasi dan gaul rata kemudian tambah baki daun-daun serta ulam.
  3. Dah siap, boleh tabur daun sup / daun limau purut.
nasi goreng budu 2
Imej via Facebook

Telur awan:

  1. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih sehingga menjadi meringgue.
  2. Kemudian sudukan dan letak atas dulang.
  3. Tekan ditengah untuk letak telur kuning.
  4. Taburkan dengan herba kering dan bakar pada suhu 180 darjah selama 5-8 minit.
  5. Api atas bawah.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!