Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Daging Utara Terbaik Weh Semua Orang Suka

author name

📄

Nasi Daging Utara, salah satu hidangan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia. Walaupun begitu, ianya sukar didapati di bahagian selatan tanah air. Selalunya, anda perlu ke utara Malaysia untuk mendapatkan nasi daging utara yang asli dan lazat. Namun, kini anda boleh menyediakan nasi daging utara ini sendiri.

Kali ini kami bawakan resepi nasi daging utara yang asli dan menyedapkan! Perkara yang unik mengenai nasi daging utara ini adalah daging tersebut dimasak bersama dengan nasi secara serentak. Dihidangkan pula bersama dengan air asam kerisik yang amat lazat, gabungan yang cukup menarik!

Resepi ini dikongsikan oleh Nursyahida Al-Hasyimi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial! Mari kita tengok resepi nasi daging utara.

Resepi Nasi Daging Utara

nasi daging utara
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

1 kg daging – potong kecil dan rebus hingga empuk.

Nasi:

  • 1 kg / 6 pot beras – basuh dan tos
  • Air – nisbah 1 beras: 1.5 air – atau ikut beras
  • Rempah – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga (bahan tumis)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar rempah kurma

Bahan hirisan:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Air asam kerisik:

Bahan kisar:

  • 10 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
  • 1/4 ketul belacan
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – 2 sudu besar

Bahan lain:

  • 2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
  • 2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
  • Sedikit kerisik
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sos tomato (pilihan)
  • Sos cili (pilihan)

Cara – cara memasak:

Nasi:

  • Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai.
  • Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. (tak letak tomato pun tak apa)
  • Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata.

Air asam kerisik:

  • Campur bahan yang dah dikisar dengan bahan – bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging.
  • Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya bersalut rata. Sedia untuk dihidangkan.
nasi daging utara 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *