Resepi Nasi Daging Berempah Paling Pure Dan Sedap!

nasi daging berempah 2

Nasi daging merupakan hidangan yang berasal dari utara Malaysia. Ianya terdapat dua juadah di dalam satu hidangan iaitu nasi daging dan air asam. Uniknya nasi daging ini, daging akan dimasak bersama dengan nasi didalam satu periuk. Ianya membuatkan nasi tersebut menyerap jus daging dan memberikan rasa daging yang lebih kuat. Gabungan rasa daging dan rempah pasti sahaja membuatkan semua cair!

Cara pembuatan nasi daging bermula dengan daging digoreng sekejap agar bertukar warna, kemudian ianya akan dimasak bersama dengan beras bersama bahan tumisan, daun pandan, air daging dan perasa. Kemudian, nasi daging akan dihidangkan bersama dengan air asam, memberikan rasa masam manis daging yang amat lazat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fayad Gojez dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Nasi Daging Berempah

nasi daging berempah 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Daging:

  • 1kg beras – basuh dan toskan
  • 500g daging – dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang – dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar ketumbar biji*-disangar
  • 2 sudu kecil jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sudu besar kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis, cengkih, pelaga
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 batang serai – dititik

Air asam:

  • 4 biji cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji lada merah besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan yg dibakar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 60 ml air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula (ikut citarasa manis sendiri)
  • secubit garam

Bahan hirisan:

  • Sedikit hirisan bawang merah
  • Sedikit tomato dihiris dadu
  • Daun ketumbar dihiris halus
  • 1 biji cili dihiris bulat

Cara – cara memasak:

Nasi Daging:

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng, jika ada air daging masukkan sekali.
  4. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  5. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
  6. Masukkan pula beras dan gaul rata. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
  7. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  8. Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
nasi daging berempah
Imej via Facebook

Air asam:

  1. Kisarkan bahan air asam sehingga hancur dan jika ingin cair sedikit, tambahkan air dan perasakan kembali.
  2. Masukkan bahan hirisan.
  3. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Give a Comment