NASI AYAM THAI
.
4 pot beras
1 ekor ayam potong 4
4-5 pokok akar daun ketumbar
1 pokok daun & batang ketumbar
2 inch halia hiris nipis
1 kiub pati ayam
.
*sukat air, lebur semua bahan, rebus ayam smpai masak utk dptkan stok ayam. Keluarkan ayam, masukkan beras yg di basuh, susun ayam diatas beras, masuk sedikit garam & cukup rasa, masak guna rice cooker.
.
Sos kicap Thai:
2 sudu pes asam jawa adabi
2 sudu kicap pekat
3 sudu Nam Pla ( sos ikan)
2 sudu gula putih (gula kabung/nisey)
6 biji cilipadi cincang halus
5 ulas bwg putih cincang halus
Sedikit daun ketumbar cincang
Air masak
.
*masukkan semua bahan & kacau hingga sebati, adjust kepekatan dgn air
.
Ayam Malaysia
Ayam yg telah direbus diatas tadi
3-4 ulas bwg kecil
3 ulas bwg putih
1 inch halia
*blend bahan
Kicap pekat
Madu (gula putih pon boleh)
Sos tiram
Garam & cukup rasa
.
*perap ayam yg direbus dgn bahan diatas slama 15-30min. Goreng ayam 2-3 min dgn minyak betul2 panas shingga garing.
.
Rujuk gambar..
.
Selamat mencuba
.
Kredit resepi ini kepada ahmad shinoda II via masak apa hari ni
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)












LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here