Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Ayam Singapore Paling Lazat Sesuai Untuk Majlis Keraian

author name

📄 ,

Nasi Ayam merupakan salah satu hidangan nasi yang amat popular di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Singapura. Nasi ayam adalah nasi yang dibuat daripada air rebusan ayam dan ianya dihidangkan bersama ayam yang dibakar atau dikukus berserta salad dan juga kicap. Nasi ayam adalah sejenis makanan yang diinspirasikan daripada makanan Cina.

Memandangkan negara kita merupakan negara majmuk tidak hairanlah masyarakat kita suka akan hidangan nasi ayam yang merupakan satu hidangan yang lengkap. Jom kita lihat bahan – bahan dan cara penyediaan nasi ayam singapura ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Amnina Azmi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti menjadi!

Resepi Nasi Ayam Singapore

nasi ayam singapore
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Ayam:

  • 4 pot beras basmathi (rendam dulu supaya air menyerap)
  • 1 batang serai
  • 3-4 helai daun pandan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5-7 sudu minyak dari lemak ayam
  • 1 sudu makan garam (rata)
  • Air rebusan ayam sebanyak 1 inci suku dari aras beras
    Nota: Jangan letak marjerin atau mentega, kurang sedap bau dan rasanya.

Penyediaan ayam:

  • 1 inci halia dihiris
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Ayam
  • 1 sudu makan Sesame Oil
  • Air secukupnya (menutupi atau sama paras ayam)
  • Garam satu sudu kecil

Perapan ayam:

  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat

Sira/Sos Ayam

  • Segenggam kecil gula batu
  • Setengah cawan kicap masin
  • 1-2 sudu makan sesame oil

Cili Nasi Ayam:

  • 5 biji bawang putih
  • 3 cili besar
  • 2 cili padi Thailand merah (pedas sikit)
  • 1 inci halia
  • Jus dari 9 biji limau kasturi
  • Garam dan gula
  • 1 sudu makan minyak lemak ayam
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili

Cara – cara memasak:

Nasi Ayam:

  1.  Rebuskan ayam.
  2. Air rebusan ayam tadi diletakkan sekali dengan bahan – bahan di atas dalam periuk nasi.
  3. Letak, tutup dan tunggu nasi masak.

Penyediaan ayam:

  1. Letak semua bahan bahan dalam periuk, didihkan dan masuk ayam.
  2. Rebus jangan sampai ayam hancur.
  3. Pastikan ayam pejal lagi masa anda angkat tu. Sebab kita nak goreng ayam tu semula.

Perap ayam:

  • Satukan bahan di atas. Perap ayam yang direbus tadi.
  • Lepas perap, gorengkan ayam.
  • Lepas goreng ayam dalam beberapa minit, angkat ayam dan celup balik dalam perapan dan kemudian goreng sekejap je. Tujuan nak bagi warna cantik.

Sira/Sos ayam:

  1. Dalam periuk larutkan bahan bahan di atas.
    Nota: Pastikan dalam ketulan kecil dan sentiasa kacau sampai dia pekat dan gula batu hancur.
  2. Apabila sudah siap, tutup api. Sira ni nanti kita curah atas ayam.

Cili nasi ayam:

  1. Kisarkan bahan – bahan di atas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *