Resepi Nasi Ayam Panggang (Terliur Weh!)

nasi-ayam-panggang

Nasi Ayam Panggang atau Roasted Chicken Rice biasanya hanya didapati di restoran. Akan tetapi, pasti mahal jika hendak dibeli dalam jumlah yang banyak. Terutamnya jika hendak dihidangkan kepada tetamu dan sanak saudara, pasti kita mahu daripada air tangan kita.

Jangan khuatir, kami sediakan kepada anda resepi ini lengkap bersama side dishnya sekali. Jadi, jimatlah duit anda dan kebersihan juga lebih terjamin.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan banyak perkongsian telah diperoleh di media sosial.

Resepi Nasi Ayam Panggang

nasi-ayam-panggang
image via Facebook

Bahan – bahan:

Paste:

• 15 ulas bawang putih
• 4 inch halia

Stok Ayam:

• 2 liter air
• 1/2 kg ayam
• 1/2 biji bawang holland
• daun bawang
• 1 sb paste
• 1 sb garam
• 1 sb gula

Sos perapan ayam dan ayam panggang:

• 4 sb brown sugar
• 5 sb madu
• 1/2 cawan kicap manis
• 1/4 cawan sos tiram
• 1 sk chinese five spice powder
• 1 sk serbuk lada hitam
• 1 sk garam
• 1 sk paste
• 1 sk minyak bijan

Nasi:

• beras yang sudah dibasuh
• stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb marjerin
• gula
• garam
• daun pandan

Sos cili:

• 5 biji cili padi
• 5 biji cili besar
• 1/2 biji tomato
• 1 cawan stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb cuka
• garam
• gula

Kicap:

• 1/2 cawan kicap manis
• 1/2 cawan stok ayam
• 1 sk paste
• 1 sb tepung jagung

Sup:

• 4 cawan stok ayam
• 1/2 pc kiub ayam
• 1 sk paste
• garam
• gula

Cara – cara memasak:

Paste:

  1. Kisarkan bawang putih dan halia menggunakan blender kering sehingga halus.
  2. Ketepikan.

Stok Ayam:

  1. Masukkan air dalam periuk.
  2. Masukkan ayam, paste, bawang holland, daun bawang, gula dan garam.
  3. Renehkan selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
  4. Keluarkan buih-buih putih jika ada guna penapis.
  5. Setelah ayam masak pindahkan ayam ke dalam air berisi ais selama 2 minit.
  6. Keluarkan ayam dan keringkan dengan tisu dapur.
  7. Ketepikan stok ayam dan ayam tadi.

Sos perapan ayam dan ayam pangang:

  1. Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Sapukan pada ayam.
  3. Perap ayam selama 30 min.
  4. Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200°c selama 15 minit.
  5. Kemudian keluarkan ayam dan sapukan lagi sos perapan.
  6. Bakar lagi selama 5 minit.

Nasi:

  1. Masukkan semua bahan, gaul sebati dan masak macam masak nasi biasa.

Sos cili:

  1. Kisarkan semua bahan.
  2. Masak sehingga mendidih.

Kicap:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih.

Sup:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Give a Comment