Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Murtabak Popia

RESEPI MURTABAK POPIA

Nak tebar doh murtabak tak reti??. Kita tebar pakai kulit popia je..org pun da ramai buat murtabak ni. Mmg sedap..pasaipa sedap?? Sebab inti sendat bole lotak?Jom layan resepiā€¦

BAHAN2 INTI ( nak buat banyak..double kan bahan2 )
1 cawan isi daging / ayam cincang
1/2 biji bawang besar potong dadu
1 sdb rempah kari daging
1 sdt rempah kurma ( rempah kari dan kurma satukan dan campur sedikit air )
1 biji kentang potong dadu
1 sdb daun sup racik halus
Perasa ( maggi secukup rasa, garam dan sedikit serbuk lada hitam )

Cara :
1. Rebus kentang dahulu smpi lembut. Letak sedikit garam dalam air rebusan. Angkat kentang yg dah di rebus..tapis air, ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak..tumis bawang besar seketika.
3. Next masukkan bancuhan rempah. Tumis seketika smpi nmpk pecah minyak..masuk daging cincang.
4. Tumis smpi nmpk daging bertukar warna masakā€¦masuk kentang dan sedikit air ( dlm 1/4 cawan ).
5. Boleh masukkan perasa iaitu Maggi secukup rasa, garam, gula dan sedikit serbuk lada hitam. Masak smpi kering.
6. Last sebelum tutup api..masukkan daun sup.

BAHAN2 TELUR:
2 biji telur
1/2 biji cili besar hiris2
Sedikit hirisan bawang besar
1/4 sdt white pepper
1/2 sdt garam

Cara :
1. Satukan semua bahan2 telur..kocak utk sebatikan.
2. Masukkan inti tadi dlm bancuhan telur. Gaul rata.
3. Sudukan inti..letak di tengah2 kulit popia saiz paling besar ye.
4. Lipat macam lipat murtabak ( tngk picha attachment cara lipat )
5. Last lipat bhgn tepi popia tu nk senang lekat sapu sedikit air.
6. Goreng dlm minyak..minyak takyah banyak macam goreng popia biasa. Siket cukupā€¦siapā€¦klu buat kari ayam..lagi marbeles boleh jadi kuah cicah???

MSK HOME BAKERY

kredit resepi ini kepada Roszana Ismail

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!