Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Murtabak Homemade (Mudah Menyenangkan)

author name

Murtabak merupakan hidangan yang sering didapati di pasar malam berhampiran. Walaubagaimanapun, pasar malam hanya ada seminggu sekali jadi bagaimana?

Jangan khuatir, kami bawakan resepi murtabak homemade yang amat mudah. Anda juga boleh menyediakannya sendiri tau! Ianya juga boleh diletak inti apa apa sahaja mengikut kepada selera anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Naila AlFarisha Roslan dan ianya juga turut disertakan bersama sirap bawang! Wah sedapnya!

Resepi Murtabak Homemade

image via Facebook

Bahan – bahan:

Resepi Kulit:

  • 500gm tepung gandum
  • 2sudu besar susu pekat
  • 2sudu besar marjerin
  • 1sudu kecil garam dibancuh dengan 200ml air

Resepi Jeruk Bawang:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan cuka

Cara – cara memasak:

Kulit:

  1. Masukkan kesemua bahan dan masukkan air sedikit – sedikit sehingga menjadi doh (pastikan doh senang diuli dan lembut)
  2. Rehatkan sebentar dan uli lagi 10 minit dan rehatkan 5 minit.
  3. Ulang langkah kedua sebanyak 3 kali.
  4. Bulat – bulatkan adunan dan sapu marjerin.
  5. Biarkan selama 6 hingga 8 jam.
  6. Selepas itu, bolehlah masukkan inti kesukaan anda.
image via Facebook

Jeruk bawang:

  1. Masakkan air dan cuka tetapi jangan sampai mendidih.
  2. Masukkan 1/2 cawan gula dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan dua biji bawang besar yang dihiris nipis dan ppaamkan api.
  4. Masukkan sedikit pewarna merah.
  5. Sejukkan di dalam peti ais.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *