Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Muffin Coklat Chip (Ringkas Dan Sedap)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi muffin yang biasanya dihidangkan didalam majlis harijadi kanak-kanak. Biasanya muffin dijadikan pilihan sebagai door gift yang diberi kepada tetamu-tetamu cilik. Muffin adalah sejenis makanan kategori kek. Ini kerana ia mempunyai bahan sama seperti kek. Namun apa yang membezakan ia dengan kek ialah pembuatannya. Muffin dibuat ringkas, bahan-bahannya ditambah menggunakan ‘hand whisk’ kerana ia tidak boleh terlebih pukul. Muffin yang cantik wajib pecah dibahagian atasnya, ia dinamakan ‘ugly cupcake’ sebab ia seperti cup cake tp tidak dihias dan rupanya yang tidak cantik.

Kali ini Madam akan kongsikan sejenis resepi ringkas untuk membuat muffin yang anda boleh cuba. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

Resepi Muffin Coklat Chip (Ringkas Dan Sedap)

Bahan kering 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 1 cawan gula kastor


Bahan basah 

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan susu kotak dutch lady
  • 1sudu teh esen vanila

Bahan hiasan

  • coklat chip
  • badam

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya selama 10 minit. 
  • Ayak bahan-bahan kering dan kemudian masukkan bahan-bahan satu persatu, kacau menggunakan hand whisk sahaja.
  • Kacau cukup sekadar ia sebati sahaja.
  • Masukkan adunan kedalam acuan muffin dan hiaskan dengan choc cip dan kacang badam.
  • Bakar pada suhu 180c 10 minit pertama kemudian turunkan suhu pada paras 160c dan bakar lagi 10 minit.

Resepi ini menggunakan double action baking powder, kerana untuk menjadikan ia naik dua kali ganda. Untuk mendapat kesan pecah dibahagian atas muffin, ia perlulah dibakar dengan suhu yang tinggi pada 10minit yang pertama. Hasil suhu yang tinggi akan menyebabkan muffin naik cepat dan pecah dibahagian tengahnya. Kemudian suhu diturunkan supaya muffin masak sekata.

Bagaimanapun anda haruslah mencuba sendiri resepi ini dan rasai keenakkan nya, tambahan pula anda juga boleh gunakan ia sebagai door gift utk majlis harijadi anak anda.

Resepi Lain Yang Menarik

Mudah dan ringkas, jangan lupa untuk mencubanya. Di laman web ini juga kami ada pelbagai jenis masakan lain,jadi anda boleh mencuba resepi lain juga ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *