Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Mee Rebus Tulang / Gearbox

author name

📄

RESEPI MEE REBUS TULANG/GEARBOX SEDAP JOHOR!!!!
Resepi ni admin dh cuba, ramai suka! Resepi yg memang power, restoran2 yg top jual mee rebus guna resepi mcm ni la! Try la, share cpt!

MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan
1kg mee kuning, direndam di dalam air mendidih hingga lembut dan toskan (lalukan di bawah air paip untuk mengelakkan mee melekat)
4 – 5 biji telur rebus atau telur pindang
5 keping tauhu, digoreng dan potong nipis
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah 2 (pilihan)
daun sup dan daun bawang, dihiris halus
5 biji cili hijau, dipotong nipis
5 biji limau kasturi, dibelah 2
RM1.00 bawang goreng
RM1.00 taugeh, buang ekor dan celur dalam air panas
keropok rangup (adunan keropok sepertimana membuat rempeyek atau tumpi, tetapi tidak menggunakan kacang dan digoreng menjadi keropok. Hancurkan ke dalam mee apabila hendak dimakan)

Bahan-bahan untuk kuah
500gm – 1kg tulang gearbox kambing (dicuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air + serai dan halia yang diketuk dan rempah sup bunjut selama 2 jam atau hingga empuk)
500 gm tetel/daging, direbus bersama tulang gearbox kambing
500 gm keledek oren, dikupas, potong dadu dan direbus sampai lembut, kemudian dikisar lumat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
4 sudu besar rempah kari (pilihan sendiri) + air panas
3 sudu besar asam jawa, perah ambil air
1 cawan minyak untuk menumis

bahan-bahan kisar (anggaran, boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut citarasa sendiri)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 senduk taucu (dicuci dan toskan airnya)
1 cm halia
1 cm lengkuas
10 biji cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas

Cara menyediakan kuahnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan pecah minyak. Masukkan rempah kari, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati, masukkan keledek yang dikisar, tetelan atau hirisan daging yang telah direbus dan juga tulang kambing yang direbus beserta air rebusannya.. Masak sampai mendidih dan renehkan setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sesuaikan rasa masam manis dan pedas mengikut citarasa sendiri. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Selamat mencuba.

nota :
Kuah mee rebus ini juga sedap jika menggunakan udang kering atau udang geragau kering dengan cara mengisar udang kering atau udang geragau kering dan dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan tumisan telah garing.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih ❤ ❤ ❤ ——————-

nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *