Resepi Mee Kari (Sedap Sangat!)

mee-kari

Mee Kari adalah hidangan orang Asia yang berasal daripada kaum Melayu. Rasanya berlemak dan pedas, menguji deria rasa yang merasainya. Ianya juga amat lazat serta sesuai dimakan diwaktu sarapan, tengahari ataupun malam. Bergantung kepada anda.

Cara pembuatannya mudah dan tidak menggunakan bahan yang sukar untuk didapati. Jadi jom masak sekarang!

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam Zainon dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosia;

Resepi Mee Kari

mee-kari
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Rempah Halba
  • Santan
  • Mee

Isi Mee Kari

  • Udang
  • Ayam
  • Daging kambing
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Tahu kering
  • Sawi

Cara – cara memasak:

  1. Tumis kan bawang putih, merah,halia, daun kari dan rempah halba sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan bahan mentah dan air.
  5. Apabila bahan mentah sudah masak, masukkan garam, kemudian masukkan santan.
  6. Masukkan tahu, fish cake, fish ball dan sayur.
  7. Kacaukan sedikit dan siap!

Nota: Celurkan mee terlebih dahulu. Pastikan mee dibasuh sebelum memasak.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Give a Comment