Resepi Mee Goreng Basah ( Seperti Di Gerai)

Resepi kali ini, merupakan salah satu menu pilihan bila tidak berselera pada nasi. Mee goreng dibuat dari mee kuning yang digoreng bersama bawang, telur, kicap dan rencah. Rencah mee goreng pula biasanya terdiri dari udang,kerang,sotong atau daging. Sayur seperti sawi juga sedap jika ditambah.

Mee goreng amat mudah ditemui digerai-gerai serata negara kita ini diantara yang selalu menjadi pilihan ialah  mee goreng mamak, mee goreng kering dan mee goreng basah.Mee goreng pula ada dua jenis, berkuah dan basah sahaja. Kali ini Madam akan kongsikan resepi mee goreng basah yang boleh anda cuba.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Mee Goreng Basah ( Seperti Di Gerai)

Bahan utama

  • Mee kuning sepeket
  • Air segelas atau secukup basah yang diingini.

Bahan-bahan kisar

  • 1/2 periuk kecil cili kering (gunting rebus hingga lembut)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dahulu)
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang besar

Bahan-bahan sos/perasa

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos seafood adabi
  • 2 kiub ayam
  • Sedikit kicap manis enaq (mengikut warna hitamnya)

Bahan-bahan rencah 

  • 10 ekor udang sederhana besar (buang ekornya)
  • 2 ekor sotong saiz sedehana (potong bulat)
  • Seikat sawi (basuh dan potong pendek-pendek)
  • 2 biji tomato (potong 4)

Kaedah

  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sos dan kiub.
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan udang serta sotong.
  • .Kemudian masukkan mee bersama sayur-sayuran.
  • Apabila semua telah masak,tambahkan air dan dengan api yang besar,goreng cepat dan tutup api apabila mee telah cukup basah.
  • Siap.

Untuk menjadikan mee ini basah, anda perlu menambah air sejurus sebelum anda menutup api. Mee perlu digoreng dengan api yang besar dan perlu digoreng juga dengan pantas.Sebab itulah ia sesuai sebagai hidangan makan malam,kerana ia lebih ringan berbanding nasi. Telur juga jika ingin ditambah perlu diletak pada saat akhir sekali. Pecahkan telur dan gaul dengan api sekejap hingga ia masak,tutup api segera.

Anda boleh juga goreng telur mata kerbau dan hidangkan diatas mee goreng basah. Oleh itu, cubalah ia malam ini bersama teman anda. Selamat mencuba.

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Nasi Kerabu ( Sarapan Pagi)

Next Article

Resepi Chicken Chop (Homemade)