Tgh riki2 lauk lunch kann.. nah ibu ada idea

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Nak lagi sedap, gunakan jantung pisang nangka. Sebelum masak, celur terlebih dulu untuk buang getahnya.

BAHAN-BAHAN

2 biji jantung pisang | dikupas dan dicelur lembut
5 biji bawang merah | ditumbuk halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1sm kunyit hidup | ditumbuk halus
50gm ikan bilis | ditumbuk halus
1 batang serai | diketuk
250ml santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Sediakan sebuah periuk yang sesuai. Tuangkan air, masukkan bahan yang ditumbuk kasar dan serai yang diketuk.

2. Didihkan sehingga mendidih dan menggelegak. Setelah bahan rencah layu, masukkan jantung pisang yang telah direbus dan tuangkan santan.

3. Gunakan api perlahan, kacau selalu dan reneh sehingga masak sebati.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan ikan masin goreng garing.. hehehe

Kredit Rasa





SHARE
Previous articlePulut Tai Tai
Next articleTalam Keladi Berlauk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here