Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Masak Lemak Ikan Talang Masin Kalau Makan Mesti Asyik Tambah

author name

📄 ,

Resepi Masak Lemak Ikan Talang Masin ini merupakan resepi kampung yang amat popular di Malaysia. Ianya berasal daripada Negeri Sembilan. Hidangan ini selalunya dimasak bersama dengan nenas. Walaupun namanya ikan talang masin, rasanya tidak masin malahan berlemak. Dengan gabungan bersama nenas, hidangan ini menjanjikan rasa masam – masam manis berlemak yang pastinya digemari oleh anda semua.

Masak Lemak Ikan Talang Masin ini amat sesuai jika dihidangkan bersama – sama dengan ulam – ulaman serta sambal belacan. Jika di restoran, hidangan ini mungkin akan menjadi sedikit mahal. Oleh itu, lebih berbaloi jika anda sendiri menyediakannya di rumah. Pasti lebih kena dengan selera anda dan mesra ekonomi.

Cara memasak lauk ini juga mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya boleh didapati di pasaraya berhampiran anda. Oleh itu, jika anda inginkan masakan kampung, resepi ini amat sesuai buat anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh NoorHayani Mangsor dan mendapat likes serta shares yang banyak. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Masak Lemak Ikan Talang Masin

masak lemak ikan talang masin
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi merah
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
    Kesemuanya dikisar.
  • Ikan Talang Kering (direndam bagi kurang masin)
  • Santan
  • Gula
  • Nenas
  • Daun kunyit

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan ikan talang kering.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali, masukkan nenas dan daun kunyit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *