Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lontong (Digemari Ramai!)

author name

Lontong selalunya dihidangkan diwaktu majlis keraian kerana rasanya tidak pedas dan sesuai buat semua lapisan masyarakat. Ianya juga dimakan bersama dengan nasi impit dan mempunyai rasa lemak yang amat lazat.

Lontong merupakan hidangan yang berasaskan santan dan mempunyai banyak sayur – sayuran didalamnya. Sumber protein seperti tempe juga terdapat di dalam hidangan ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosnah Ahmad dan mendapat sebanyak 445 perkongsian di Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Lontong

lontong
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Terung – 5 batang (potong serong)
  • Tauhu – 20 bji ( 1 biji potong 8 ) – digoreng
  • Tempe – 6 ketul ( potong nipis2) – digoreng
  • Suhuun – 3 pek kcik – rendam
  • Pucuk – 6 pek sederhana – rendam
  • Kacang panjang – 1/2kg – (potong serong)
  • Lobak merah – 6 batang ( potong memanjang)
  • Kobis – ikut suka nak banyak mana
  • Halia- seinci
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Cili merah – 5 bji ( hiris nipis)
  • Bawang besar – 3 labu ( hiris nipis )
  • Santan sawit jenama khalis pek besar – 4 pek
  • Udang kering – segengam (rendam)
  • Bawang putih – 1 labu (hiris nipis)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang putih, bawang besar, halia , udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bersama kunyit.
  • Masukkan semua sayur tumis skit…
  • Masukkan santan. Ikut pekat yang kita nak. Letak air sedikit demi sedikit dan garam.
  • Apabila sudah menggelegak, masukkan suhun, tempe & tauhu.
  • Rasa secukupnya. Masukkan sayur dan pucuk. Masak shingga sayur empuk.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *