lala kam heong

Resepi Lala Kam Heong Menu Makan Malam Paling Unik!

Selamat datang kepada semua pembaca! Pada perkongsian kali ini kita akan berkongsi resepi lala kam heong. Kam heong merupakan hidangan stir-fry yang menggunakan lala sebagai bahan utama. Ianya merupakan hidangan daripada masyarakat Cina Hokkien yang telahpun menjadi salah sebuah juadah yang digemari rakyat Malaysia.

Jika anda sudah buntu ingin masak apa untuk makan nanti bolehlah anda mencuba resepi lala ini. Sangat sesuai untuk dihidangkan bersama dengan lauk-pauk yang lain. Makan sahaja dengan nasi putih pun sedap! Bahan – bahan untuk menyediakan resepi ini mudah untuk dicari, malahan cara pembuatannya juga ringkas.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like dan share! Tanpa kita membuang masa lagi, mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi lala kam heong ini!

Resepi Lala Kam Heong

lala kam heong
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg lala dibersihkan (tak perlu rebus)
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 1 genggam udang kering
    Nota: Kesemua bahan ini dikisar terlebih dahulu.
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 batang serai diketuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam dan gula ikut selera masing
  • 25 batang cili padi dihiris
  • 1 biji bawang merah potong dadu
  • 1/2 cawan air jika perlu
  • Minyak

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bahan – bahan lain kecuali lala.
  4. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan lala.
  6. Jika air terlalu kering, tambahkan sedikit air dan tunggu hingga kuah pekat dan sedikit kering.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *