Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Laksa Johor Kalau Makan Sekali Gerenti Tak Cukup!

Kali ini kami bawakan resepi Laksa Johor. Perbezaan laksa Johor dan laksa yang lain adalah hidangan ini menggunakan spaghetti berbanding dengan mi laksa. Ianya juga dimakan menggunakan tangan dan rasanya juga amat enak. Selain itu, di dalam kuah laksa ini, terdapat penambahan serbuk kari bagi membangkitkan rasa yang lebih kuat dan lazat.

Walaubagaimanapun, cara pembuatan laksa Johor tidaklah sukar untuk disediakan. Sekiranya anda mengikut langkah – langkah yang telah kami sediakan, pastinya anda dapat menghasilkan sebuah hidangan laksa yang lengkap dengan rasa yang sangat lazat. Pasti ahli keluarga anda menggemarinya. Anda juga boleh menyediakan resepi ini pada majlis keraian.

Resepi ini dikongsikan oleh Har Ryea dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Laksa Johor

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ke 2 paket spaghetti (direbus dan ditos)
  • 8 ke 10 ekor ikan kembong
    Nota: Saiz sebesar tapak tangan. Rebus, asingkan isi dan tulang. Kisarkan isi dengan air rebusan. Tulang juga dikisar bersama air rebusan dan ditapis. Baki air rebusan diketepikan.
  • Lada kering (10 tangkai, direbus)*
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • Lengkuas sebesar ibu jadi *
  • 3 sudu besar rempah kari ikan jenama Babas
  • 2 kotak kecik santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 ke 5 keping asam keping
  • Daun kesum
  • 2 bunga kantan (dibelah 4 tiap satu)
  • Garam dan ajinomoto

Bahan hiasan:

  • Bawang besar (dihiris)
  • Timun (dihiris dan digulung)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Tauge (ekornya disiang dan biarkan mentah)
  • Lobak asin (boleh dicuci sedikit dengan air panas)
  • Daun selasih (dihiris)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Limau nipis (dibelah dua)
  • Sambal belacan

Cara – cara memasak:

  1. Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisaran bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
  3. Masukkan santan, tambahkan sedikit air rebusan dan kacau rata.
  4. Masukkan isi ikan dan tulang ikan yang dikisar dan ditapis dan kacau rata.
  5. Masukkan kerisik dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Teruskan kacau.
  7. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  8. Sekiranya kuah laksa terlalu pekat, bolehlah ditambah dengan air rebusan.
  9. Sekiranya sudah puas hati, biarkan kuah mendidih pada api perlahan sehingga naik minyak.
  10. Hidangkan bersama spaghetti dan bahan hiasan.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!